//]]>

MAJLIS KONVOKESYEN TADIKA PERPADUAN KALIFF RIZQI 2018

November 25, 2018




Selamat petang semua aku nak share pengalaman menghadiri Majlis Konvokesyen tadika Kaliff .Ini bukanlah yang pertama bagi kalif hahaha..sebab Tahun lepas kaliff dah pernah Konvo 4 tahun semasa di taska Permata. Jadi tahun ini kaliff berpeluang sekali lagi konvo di bawah #tadikapepaduan untuk anak-anak 5 dan 6 tahun..Maybe akan ada next Konvo #6atahun pula hehe

Tahun depan kaliff akan masuk ke Tadika Kemas sama macam kakak kaisara dulu. Jap lagi aku share sekitar Majlis Konvokesyen hari tu berlangsung. BTW kali ini mama sorang jer yang Temakan adik kaliff sebab papa tak dapat cuti..Ye lah majlis buat time hari bekerja susah juga nak dapat attend sama-sama. Nasib baik Kaliff tak merajuk haha

Kali ini majlis di buat di Dewan Warisan Kangar, Perlis untuk keseluruhan Tadika Perpaduan Negeri Perlis. Ramai?? korang boleh bayangkan sendiri lah memang ramai weh! kaliff pula kena sesi yang ke 3 dan terakhir. Mereput juga mama berdiri kat sisi dia T_T. Tempat duduk untuk parent tak banyak di sediakan. nasib baik mood mama baik, I Is Redha je lah berdiri 2 jam huhuhu (perlukan penambahbaikan di masa akan datang...kena pikirkan juga parents yang datang melihat kejayaan anak-anak  )

SEBELUM MAJLIS BERLANGSUNG...









Kalau ikukan pengalaman masa First time konvo dekat Hotel Putra Place, kaliff memang mood swing kejap masam mencuka kejap menangis nak duduk dekat kami jer hahah..So masa mula2 sampai aku memang tak bagi dia duduk dekat cikgu lagi..pakaikan dia baju dan duduk jer dekat aku..Lepas tu check group wasap rupanya cikgu tengah tunggu kaliff ambik tempat hahaha (cikgu ingat kaliff tak hadir kikiki) Bila duduk dekat kawan-kawan dia mula bimbang aku tinggalkan dia, itu yang jadinya 2 jam berdiri dekat tepi dia adoii sabau jelah!

oHH yer kena sediakan poket juga untuk belikan Jambangan bunga Coklat + Teddy Bear..dah ada macam-macam patern, design dan harga weh! Bila anak kau dah bijak dia sendiri akan Request "Mama mana adik punya hadiah" Fuhh ingatkan dah terlepas tadi..rupanya dia minta juga hahaha...Okay la adik mama g belikan huhuhu adik duduk diam-diam di sini..BTW bear putih itu mama yang pilih even adik kaliff lelaki tapi dia memang ada banyak En.ted di rumah (dia suka) tapi semua tiada Jantina Perempuan tau..just like beruang, katak, ulat buluss dan sewaktu dengannya aku memang bagi dia main...Jangan minta Barbie Doll udah ler! kahkahkah

                              

                                

Keseluruhannya majlis berlangsung dengan jayanya lepas dapat scroll , terus ambik gambar ramai-ramai, ada jamuan dr pihak tadika dapat 1 box Marrybrown. Alhamdulillah majlis selesai jam 12.30 tengah hari. Terima kasih kepada semua warga pendidik di tadika Perpaduan. Semoga Ilmu yang cikgu curahkan kepada anak kami menjadikan diaorang manusia yang berguna di masa akan datang. Terima Kasih Cikgu :)

         



       

       





Nota : semoga Menjadi anak yang berjaya kelak







You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. kenangan buat kita ni. syok ja depa. kecik2 dah konvo. hehe

    ReplyDelete
  2. seronok tengok anak2 berbaju graduasi tu kan..comel2 belako

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^