Logo KBBA

KEPUTUSAN PILIHANRAYA KE-14 : TUN M DI LANTIK MENJADI PERDANA MENTERI MALAYSIA KE-7

May 13, 2018




HAI SEMUA..

Akhirnya keputusan penuh pilihan raya telah keluar. kalau ikutkan keputusan kali ini mencipta sejarhnya tersendiri apabila kemenangan berpihak kepada penubuhan kerajaan baru. Kerajaan baru akan memerintah Malaysia pada 5 tahun akan datang. Pakatan Harapan (PH) berjaya memecahkan monopoli Barisan Nasional (BN) selama 60 tahun apabila memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Pakatan memenangi 104 kerusi Parlimen manakala DAP meraih sembilan kerusi di Sabah dan Sarawak.

Aku sekadar nak share info sahaja untuk korang. manalah tahu kot-kot ada yang nak buat rujukan di masa akan datang. 




Umumnya pasti korang tahu kan Pelantikan Perdana Menteri Malaysia ke-7 iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi di angkat menjadi Perdana menteri Malaysia. Istiadat majlis tersebut diadakan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara, pada 11 mei 2018 yang lalu.Tun M mencipta sejarah negara sebagai Perdana Menteri yang dilantik buat kali kedua mengikut sistem demokrasi dan Perlembagaan Malaysia.


Tun Dr Mahathir Mohamad Secara Rasmi Jadi Perdana Menteri Ke-7 Malaysia


Malah, usia Tun M yang mencecah 93 tahun pada tahun ini menjadi perdana menteri tertua dalam sejarah Malaysia dan dunia. Tun M juga pernah menjadi Perdana Menteri Malaysia keempat pada tahun 1981 sehingga 2003 juga menang kerusi Parlimen di Langkawi pada PRU14 kali ini.

TAHNIAH DI UCAPKAN! Semoga semua dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing dengan jayanya ^_^


esok cuti dah abis tau! selamat kembali ke sekolah dan selamat bekerja 



You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. Alhamdulilah..
    Tertunai sudah suara rakyat..Moga TunM diberkan kesiahatn yang berpanjangan utk terus berjuang !!

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah kini terbukti suara rakyat didengar...

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^