Logo KBBA

2017 BAKAL MELABUHKAN TIRAI

December 27, 2017

Minggu terakhir di tahun 2017. hmm..sedih la pula rasa..cepat betul masa berlalu..dan masa itu selalui mencemburui aku. rasa macam mimpi pun ada. Yela sekejap sahaja. Tahun nie aku dah pun masuk 30 series :'( sobsobsob...



bila usia makin meningkat nie... aku dah mula rasa tak sedap badan. kalau silap makan jer..terus sakit rasa macam nak pitam wehh! penyakit apa pun tak pasti.semoga aku di jauhkan dari penyakit-penyakit yang merbahaya. so far, aku masih mampu la bertahan dan cepat-cepat makan ubat. Paling ketara bab angin satu badan nie... bukan angin sebab nak marah-marah. tapi berangin yang asyik nak kentut dan berlahak. aku dah pun mula terasa sakit-sakit itu:( faktor usiakah? atau tak reti jaga makan? seriusly aku dah mula risau. perlu amalkan gaya hidup sihat, bersenam dan makan makanan yang berkhasiat.semua itu aku tengah titik beratkan dan fokus.

selain sibuk dengan nak-anak yang dah dua orang aku rasa keadaan diri dan kesihatan pun perlulah dijaga. kalau bukan untuk hari ini tapi kesihatan yang berpanjangan sehigga ke akhir usia. Sakit? sakit itukan ujian kecil dariNYA. semoga kita semua kuat dan mampu melawan rasa sakit itu .

aku sebenarnya nak story pasal AZAM 2018. YELAH dah nak abis tahun kan . aku cuba la flashback balik azam aku 2017 yang lalu. so, far ada beberapa azam yang tak tercapai pun contohnya pasal "diet" OMG!! aku rasa macam dah tak berjaya jer nak kembali dan turun ke berat yang lebih idea, sesuai dengan ketinggian aku ini hahaha (susah weh). so tahun nie nak continue lah azam 2018 kurusakan badan ( kurangkan kilo) hehehe

selain itu azam aku nak mengetengahkan blog aku yang suam-suam kuku nie, alhamdulillah wehh..aku rasa dalam katogori tercapai lah juga azam 2017. Kawan-kawan blogger aku pun dah bertambah. walapun aku agak susah untuk mesra dengan orang tapi aku berjaya juga menambah dan berkongsi story mory dengan #gengbloger. Blog aku pun dah dapat pasang ADSENSE yeahh..pencapaian yang baik lah itu kan. cuma aku belum ada kekuatan untuk pakai DOMAIN lagi. Fuhh...haap-harap 2018 nie tercapai la kot...melangkah lagi ke fasa yang lebih serious. kalau sebut bab Job Blog pula pun sama SYUKUR rezeki 2017 hasil blogging aku boleh buat aku tersenyum dengan hasil-hasil kerja aku, menulis review, berkongsi pengalaman dan minat aku dalam menulis.

okay nak sambung lagi nie. aku kalau buat karangan berperenggan nie memang boleh tahan juga aku merepek-merepek kahkahkah silalah percaya dengan kata-kataku. Azam 2018 nanti aku buat entry lain yer..senang aku nak rujuk macam Entry AZAM 2017  nie hehehe. satu lagi rasa macam dah bagitahu jer takpasti dekat entry mana Target aku untuk mempunyai RUMAH di usia 30 pun tercapai juga :) dah hampir setahun pun duduk di rumah kami nie. Rumah biasa-biasa jer dekat Kg. parents aku ^_^ dan satu lagi settle hutang KERETA di usia 30 tahun juga. yess! itu memang target kami suami isteri masa memula membina rumahtangga dulu. Alhamdulillah Allah permudahkan semuanya. 


okies jom nak balik kerja bye..bye..!


You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. macam sedih jak kan bila tahun 2017 dah nak meninggalkan kita semua..

    ReplyDelete
  2. kan sekejap sangat waktu tu berlalu , qaseh lak 2018 dah 3series huwaaa

    ReplyDelete
  3. Bila umur dah masuk 3 series ni memang kena jaga pemakanan..silap makan memg sakit.mcm akak dlu kuat pedas..bedal la byk mana pun xde istilah sakit perut ke ape..bila dh 3 series ni mkn pedas sket dh salit perut.silap mkn sket bdn dh berangin smp demam urat jadinya

    ReplyDelete
  4. hihi, wah, masuk 3 series dah..semoga azam tahun 2018 pun akan termakbul jugak ;)

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^