Logo KBBA

TOK GURU NIK AZIZ MENINGGAL DUNIA

February 13, 2015

 
ALFATIHAH.....



KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia pada jam 9.40 malam tadi di sisi anggota keluarga di kediamannya di Kampung Pulau Melaka, Kota Baharu, Kelantan.

Beliau berumur 84 tahun.

Pemergian beliau disahkan Profesor Dr Jafri Malim Abdullah, Pakar Neurologi Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) yang juga ketua pasukan perubatan Allahyarham sepanjang dirawat di hospital HUSM Kubang Kerian sejak 19 Januari lalu kerana mengidap kanser prostat.

Nik Abdul Aziz, yang merupakan anggota Dewan Undangan Negeri Chempaka, telah dibawa pulang dari hospital pada kira-kira 8.40 malam tadi


Solat jenazah akan diadakan pada jam 10 pagi ini di Masjid Tok Guru di Pulau Melaka.




Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam.

Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.

Hidup beliau sangat sederhana meski bergelar Menteri Besar selama 23 tahun. Umum mengetahui, Allahyarham dan keluarganya tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung.

Read more at: HERE


NOTA:  Alfatihah.....

You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. Assalam PB<
    Al Fatihah
    terasa kehilangan walopun tak pernah jumpa & kenal in person
    he's the only one
    tiada pengganti

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah untuk Allahyarham TG Nik Aziz bin Nik Mat

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^