Logo KBBA

Carta Makanan Bayi

July 24, 2014

salam...


nak share something info..
since Kaliff Rizqi pun dah dapat makan..
selain minum susu aje kan..
baca di bawah yer..^_^


Adakah bayi anda sudah mula makan makanan pejal? Pastikan anda menyediakan menu makanan yang berkhasiat dan memenuhi keperluan nutrien si manja. Sekiranya anda mempunyai sejarah keluarga mengalami kegemukan, anda perlu lebih berhati-hati dalam soal pengambilan makanan sejak anak kecil lagi.

Si kecil yang gemuk sejak kecil berisiko tinggi untuk terus berkeadaan sebegitu apabila meningkat usia dewasa kelak. Oleh itu disiplinkan bayi anda dengan corak pemakanan sihat sejak mereka kecil lagi.

Carta makanan berikut membantu anda dalam penyediaan menu makanan untuk bayi anda.

Umur 6 bulan

Tekstur makanan – Puri (halus).

Minuman – Susu ibu (lima kali sehari).

Makanan cadangan – Beras, pisang, ubi kentang, keledek, bayam, lobak merah dan mangga.

Makanan perlu elak – Garam, gula, produk tenusu, makanan berasaskan gandum, telur dan kekacang.



Umur 6-8 bulan

Tekstur makanan – Puri yang sedikit kasar.

Minuman – Susu ibu atau formula (empat kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.

Makanan cadangan – Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang.

Makanan perlu elak – Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin, organ dalaman haiwan.



Umur 8-9 bulan

Tekstur makanan – Lenyek atau kisar.

Minuman – Susu ibu atau formula (empat kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.

Makanan cadangan – Buah-buahan, sayur-sayuran, gandum, telur dan mentega kacang.

Makanan perlu elak – Susu lembu segar, cili, garam, telur putih, gula, ikan dalam tin, organ dalaman haiwan.



Umur 9-12 bulan

Tekstur makanan – Cincang.

Minuman - Susu ibu atau formula (tiga kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan.

Makanan cadangan -  Buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, daging, produk tenusu dan telur.

Makanan perlu elak – Telur putih, cili, kerang-kerangan, garam , gula, organ dalaman haiwan dan lemak.



Umur 12-18 bulan

Tekstur makanan – Cincang.

Minuman - Susu ibu atau formula (dua kali sehari), air masak atau jus buah-buahan yang dicairkan

Makanan cadangan -  Sama seperti keperluan ahli keluarga lain.

Makanan perlu elak – Telur mentah, cili dan kerang-kerangan.


**semoga info ini memberi manfaat kepada kita..harus dingatkan kena elakkan gula & garam di peringkat pengenalan makanan pada bayi..

nota: klu masak bubur pun seeloknya jangan letak garam..itu petua nurse yang bagi..kalau letak pun sikit jer okay!

You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. tips yang bagus..jalan jalan ramadhan hari ini..hehe

    ReplyDelete
  2. salam singgah. masa ni lah masa feveret saya. paling suka tengok reaksi anak kembar. ada yg dorang suka, ada yg tak. paling dorang tak suka, puree labu. hehehheheehe

    ReplyDelete
  3. umur camni anak saya bg apa pon dia makan..bila dah lebih 2 tahun, dah rasa macam2..emm susah tau nak bagi dia makan..mealshake shaklee baru bg hampir 2 minggu..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^