Logo KBBA

Tip untuk berasa gembira di tempat kerja

November 23, 2013

10 tip untuk berasa gembira di tempat kerja 

1.Kita perlu menyukai bos kita, setidak-tidaknya hormatilah beliau.

2.Kita harus suka dan menghormati rakan-rakan sekerja yang lain.

3. Cuba elakkan pertengkaran antara rakan sekerja. Sekiranya wujud sesuatu isu, cari jalan diplomatik untuk menyelesaikannya.

4. Tunjukkan contoh yang baik kepada rakan sekerja yang lain. Ini dapat meningkatkan produktiviti kerja dan diri sendiri.

5. Senaraikan langkah-langkah yang kita boleh lakukan untuk menjadi produktif dan lakukan ia dengan SEGERA.

6. Fokus pada kerja yang penting dan habiskannya dahulu sebelum memulakan kerja yang lain.

7. Elakkan borak kosong yang boleh memakan masa terlalu lama. Kalau setakat untuk melepaskan tekanan setelah lama menumpukan perhatian pada tugasan, memang tiada salahnya.

8. Lakukan kerja-kerja persendirian di luar waktu kerja.

9. Dapatkan tidur atau rehat yang cukup untuk mengembalikan tenaga yang telah hilang.

10. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Bersyukurlah kerana kita mempunyai pekerjaan berbanding mereka yang masih menganggur atau sedang mencari pekerjaan. 



sumber: FB


nota: terasa ke lubuq hati...sesungguhnya tempat kerja lama lebih di rindui..

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^