//]]>

CARA MENINGKATKAN HB KETIKA MENGANDUNG

November 27, 2019

7 Month already . Doakan kesihatan Tuan Tanah yer... 
Semalam aku pergi Klinik Check up untuk bulan ini. Benda yang paling aku risau sepanjang mengandung ialah HB. Bila sembang-sembang dengan Nurse memang HB aku turun 0.5, tapi masih dalam paras yang baik. Cuma Nurse nasihatkan aku untuk tambah dos ubat iberet yang aku makan. biasa aku ambik sehari sebiji sahaja. So, lepas nie kena ambik sehari 2 biji.

Tapi masalahnya sekarang aku dah mula pening dan mual bila makan Iberet ini. Dada pun berdebar-debar aje. sebab itulah banyak juga hari-hari yang aku terpaksa skip makan iberet.

Jadi Nurse cadangkan aku tukar ubat...makan ubat biasa balik 4 serangkai tu- asid folic, b-kompleks, vitamin C dan tambah darah... Selain itu Nurse suruh jaga pemakanan je lah.

so, di kesempatan yang ada ini sambil aku baca dan tambah ilmu bab pemakanan yang membantu untuk naikkan HB aku kongsikan sekali lah untuk korang baca bersama. Jangan ambil ringan bab HB ini semasa mengandung tau...it's IMPORTANT : )

Ada beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk memperbaiki bacaan Hb iaitu :

1. Memakan Makanan Kaya Zat Besi

Antara sumber makanan kaya zat besi yang baik terdiri daripada beberapa kumpulan makanan berikut:

Sumber haiwan:
daging
hati
ayam
limpa
kerang
ikan
sotong
ikan bilis

Sumber sayuran
pegaga
pucuk paku
kangkung
bayam
kailan

*Pastikan anda mengambil sekurang-kurangnya 1 jenis makanan dari sumber haiwan setiap hari. ( Brokoli juga bagus tau untuk Naikkan HB. cuma jangan masak terlalu lama/layu nanti hilang zatnya)

2. Mengambil Pil Hematinik / Suplemen Yang Dipreskripsikan Oleh Doktor

Sekiranya anda didiagnos dengan masalah Hb rendah ketika hamil, doktor akan mempreskripsikan ubatan khas untuk mengatasi masalah ini.

Di klinik kesihatan kerajaan, selalunya pil hematinik akan diberikan, di mana ia terdiri daripada 4 jenis pil iaitu:

Pil zat besi
Pil asid folik
Pil vitamin C
Pil vitamin B kompleks

Selain 4 jenis pil ini, anda juga mungkin dipreskripsikan dengan ubat lain seperti Zincofer atau Iberet. Pastikan anda mengambil pil ini setiap hari mengikut dos yang disarankan oleh doktor.

3. Elakkan Kafein / Makanan Yang Menghalang Penyerapan Zat Besi

Untuk memastikan penyerapan zat besi berlaku dengan lebih efisyen, elakkan meminum atau memakan bahan yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, minuman berkola, atau minuman bercoklat, terutamanya dalam tempoh 2 jam selepas pengambilan pil zat besi yang dipreskripsikan.

Selain makanan berkafein, susu juga mampu menjejaskan penyerapan zat besi pada tubuh, seperti yang dilaporkan oleh LiveStrong dan juga Buku Kesihatan Ibu Mengandung KKM. Sungguhpun ia merupakan sumber kalsium, tapi anda perlu menjarakkan pengambilannya sekurang-kurangnya 2 jam selepas memakan ubat.

4. Lebihkan Makanan Yang Membantu Penyerapan Zat Besi

Makanan yang membantu meningkatkan penyerapan zat besi terdiri daripada makanan yang kaya dengan vitamin C.

Oleh itu, anda digalakkan untuk makan pil hematinik bersama air kosong atau jus buah-buahan untuk penyerapan yang optimum.

Selain itu, lebihkan buah dan sayur yang kaya dengan vitamin C dalam hidangan harian. Antaranya jambu batu, limau, betik, tomato, dan sebagainya.

5. Mematuhi Rutin Temujanji Kehamilan Setiap Bulan

Akhir sekali, pastikan anda sentiasa mematuhi rutin temujanji kehamilan supaya keadaan anda dapat dipantau dengan kerap. Jika anda tergolong dalam kes anemia atau Hb rendah semasa hamil, biasanya anda perlu datang ke klinik lebih kerap, iaitu setiap 2 minggu.


sumber : SINI 

You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

  1. Tahniah dah 7 bulan. Samalah saya dah 28 minggu baru masuk 7 bulan. HB memang turun mendadak. Dari bacaan 11.7 sekarang jadi 10.3

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^