//]]>

PENGGUNAAN CAR SEAT DI MALAYSIA DIWAJIBKAN TAHUN 2020

November 18, 2019


Kementerian Pengangkutan baru mengumumkan yang penggunaan kerusi keselamatan kereta kanak-kanak / baby car seat (CRS)  diwajibkan pada tahun hadapan ( 2020 ) . Bermula 1 Januari 2020 (tahun depan), kerajaan akan mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) di dalam kenderaan bagi menyelamatkan mereka daripada mengalami kecederaan serius atau kematian sekiranya berlaku kemalangan.

MALAYSIA bukanlah Negara pertama yang mewajibkan penggunaan Car Seat untuk kanak-kanak bagi kenderaan persendirian. Di luar Negara telah lama penguatkuasaan penggunaan Car Seat ini di buat. Untuk itu, mungkin sebilangan besar  atau sebahagian besar pengguna masih tidak dapat menyambut baik hasrat Kerajaan dalam mengurangkan kadar kemalangan yang risiko kecederaan tinggi berlaku pada bayi dan kanak-kanak.

walaubagaimanapun, Kerusi keselamatan kanak-kanak yang akan digunakan di Malaysia perlu mengikut standard yang ditetapkan oleh United Nation Regulation, iaitu R44 dan R129. ( part nie korang kena buat kajian sikit, terutamanya yang baru nak membeli Car Seat )

"Bagi aku, aku memang dah menggunakan Car Seat ini semasa anak-anak aku masih kecil lagi. Al maklumlah aku dulu pernah PJJ dengan Mr. Hubsand 3 tahun. Jadi pergerakan aku jadi lebih mudah dengan adanya Car Seat sebab aku yang kena drive sendiri ke tempat kerja dan menjaga 2 anak yang masih kecik ( Masa tue Kaisara baru 2 tahun/kaliff pula baru lahir ) Jadi Car Seat adalah satu keperluan untuk aku sebagai Ibu yang bekerjaya. Bukan sekadar mampu mengelakkan risiko kecederaan sekiranya berlaku kemalangan tetapi lebih memudahkan pemanduan & untuk fokus pada jalan. Jadi aku menyambut baik Hasrat Kerajaan dalam memastikan keselamatan anak-anak kecil lebih terjamin." 

GARIS PANDUAN DALAM PEMILIHAN CAR SEAT KANAK-KANAK





Gambar di atas merupakan garis panduan kerusi keselamatan kanak-kanak di Malaysia yang dikeluarkan oleh MIROS.

Korang bolehlah decided sendiri car seat mana yang bersesuaian dengan berat dan umur anak anda. selain itu, faktor keluasan kenderaan pun kena ambil kira. Mungkin agak sukar bagi keluarga yang  mempunyai anak ramai tetapi mempunyai kenderaan yang kecil, cadangan aku korang beli dulu car seat untuk anak yang paling kecil. 

INFO BERKAITAN PENGGUNAAN CAR SEAT YANG KORANG PERLU TAHU

  • JPJ akan menggunakan dua punca kuasa untuk kuatkuasa arahan ‘wajib menggunakan child carseat bagi kanak kanak’ iaitu kaedah jpj seperti sekatan jalan raya/saman dan kaedah perintah kastam iaitu menahan kemasukan child carseat tak lulus spesifikasi di pelabuhan dan lapangan terbang.

  • Maksudnya bermula 1 Januari, semua child carseat yang tiada surat kelulusan komponen (CTA) daripada JPJ akan ditahan di pintu airport dan pelabuhan Malaysia.

  • Tugas JPJ adalah memastikan child carseat yang masuk lulus piawai keselamatan dengan keluarkan kelulusan CTA. Jadi kurang isu child carseat tak lulus piawai selepas ini.

  • Bagi child carseat yang masuk sebelum 1 januari 2020 tak perlukan kelulusan CTA. Sama macam masa lulus tali pinggang belakang, kereta yang sebelum 1995 tiada tali pinggang belakang tak perlu tambah dan tak kena saman. Jadi kalau pakai child carseat sebelum 1 Januari tiada kelulusan CTA tidak akan disaman.

  • Akta child carseat ini adalah sangat sama dengan helmet. Terdapat 3 kesalahan utama iaitu tidak memakai helmet, pakai helmet tapi tidak ikat dan kesalahan memakai helmet yang tak lulus spesifikasi.

  • Maka untuk car seat akan dimulakan dengan yang pertama iaitu tidak memakai carseat. Tidaklah JPJ nak tahan tengok carseat ada lulus CTA ke tiada ke. Janji anak duduk atas car seat.

  • Pegawai kuatkuasa JPJ kata tanggungjawab kedai adalah pastikan pelanggan beli dan pakai carseat sebab kena saman RM300. Car seat dalam RM300 juga. Baiklah beli car seat dari kena saman. Kerajaan kena juga kuat kuasa peraturan ini kerana kemalangan jalan raya adalah pembunuh nombor satu kanak kanak di Malaysia selepas tercekik dan lemas.

SUMBER : SINI 
 Sumber asal : SINI

InsyaALLAH Tahun depan bilagan anak aku akan bertambah. Jadi untuk persediaan awal aku Memang plan nak beli juga sebuah lagi car seat untuk baby aku yang bakal lahir nanti. Kaliff dah ada Car seat, Kaisara pula dah nak masuk 9 Tahun kalau tak lepas pakai seat belt aku akan belikan dia Car Seat Booster. Cuma aku mungkin ada masalah bila nak travel jauh. Muat ke kenderaan aku yang kecil itu dengan car seat dan barang-barang anak lagi huhuhu..BTW Boleh dipikirkan kemudian...heee

Semoga Perkongsian  ini sedikit sebanyak memberikan informasi kepada anda berkaitan CSR.

You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. Bagus bila ada undang-undang dikuatkuasakan untuk carseat ni. Cuma mungkin kerajaan boleh ringankan beban bagi ibubapa yang kurang berkemampuan untuk beli carseat *bg anak yg ramai dengan berikan subsidi atau sumbangan sedikit.

    ReplyDelete
  2. bagus sebenarnya penguatkuasaan ni,letih tgk anak jadi mangsa,ada tu selamba drive auto tgn pegang anak sebelah phewwwww serammmm je....tapi tu la tu ,keta kecik,mak ayah nak tumpag tak leh dah nanti,2 carseat kat belakang huhuuu...jgn mak ayah kecik ati sudah la...kena pikir la nanti macam mana nak ejas huhuuuu

    ReplyDelete
  3. Bagus penggunaan car seat ni. Tapi tulah.. kesian kat yang ada anak ramai tu.

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^