//]]>

MALAYSIA HALAL EXPO 2019

January 24, 2019



Hai korang aku nak share sedikit maklumat yang penting khasnya untuk kaki Travel yang suka melancong ke Luar Negara. Nak cari makanan yang halal mungkin tak sama macam dekat tempat kita sendiri kan? Apa kata korang ke Malaysia Halal Expo 2019 yang akan diadakan pada pada 24 hingga 26 Januari 2019 ini untuk mengetahui dengan lebih terperinci maklumat berkaitan Makanan Halal di Luar Negara.

Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama agensinya, SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) akan menganjurkan Ekspo Halal Malaysia 2019 pada 24 hingga 26 Januari 2019 depan bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan halal Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia.


Ekspo yang bakal berlangsung selama tiga hari tersebut menyediakan 320 tapak ‘booth’ kepada peserta dengan anggaran seramai 10,000 pelawat perdagangan akan hadir untuk melihat serta menilai produk dan perkhidmatan halal Malaysia yang berpotensi dieksport ke peringkat global.


Juga, beberapa selebriti turut serta memeriahkan Malaysia Halal Expo 2019 ialah Farah Fauzana,  Faizal Ismail dan Mok Cun (Erma Fatima)


Ekspo Halal Malaysia 2019 dijadualkan berlangsung seawal jam 10 pagi bertempat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KL Convention Centre).


APA YANG MENARIK DI MALAYSIA HALAL EXPO 2019?


Menariknya pada Halal Expo 2019 kali ini ialah tujuan utamanya untuk membawa produk Halal tempatan ke Negara Jepun sempena Sukan Olimpik 2020 nanti. Negara Jepun kini sedang membuat persiapan menyambut kedatangan pelancong Muslim dari serata Negara. Sudah pastilah perkara Halal yang akan menjadi pilihan. Justeru itu, Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama agensinya, SME Corporation Malaysia (SME Corp Malaysia) berusaha membuka peluang kepada PKS untuk mengetengahkan produk masing-masing untuk memasuki pasaran Jepun. 



Objektif Utama Expo ini ialah memastikan Industri Halal di Malaysia terutamanya untuk halal produk dan perkhidmatan boleh diterima di pasaran halal Jepun semasa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Paralimpik Tokyo 2020 nanti. Selain, untuk melengkapkan PKS tempatan negara pada tahap setara dan mempromosikan produk dan perkhidmatan halal sebagai salah satu perdagangan inisiatif antara kedua-dua negara. MHE 2019 kali ini bertemakan " Malaysia Ke Jepun Untuk Olimpik 2020 "

Masa expo ini berlansung nanti bukan sekadar Jualan Produk dari PKS tetapi turut diselitkan, pelbagai aktiviti menarik lain juga akan diadakan sepanjang ekspo seperti pameran dan jualan, Pocket Talk dan Business Matching. Wahh pasti menarik dan meriah kan..kepada Usahawan di luar sana inilah masanya untuk korang untuk cuba memasuki Pasaran Luar Negara, ambillah peluang yang ada untuk bawa produk korang ke Pasaran Luar pula.

FOKUS UTAMA MALAYSIA HALAL EXPO 2019

Fokus Utama untuk program ini tertumpu kepada 6 aspek iaitu:
Halal Produk Makanan dan Minuman
Bahan-bahan
Bio Tech
Kosmetik
Peribadi Penjagaan /Farmaseutikal
Perkhidmatan Logistik

PERLAKSANAAN MALAYSIA HALAL EXPO 2019

Baru-baru ini pada 8 Jan 2019 yang lalu satu Majlis Pra Pelancaran sempena Malaysia Halal Expo 2019 (MHE 2019) telah diadakan. Majlis tersebut telah di rasmikan oleh YB Dato Seri Mohd Ridzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan. Dekat sini aku selitkan sedikit sekitar program Pra Pelancaran tersebut.




Untuk itu Anda semua di Jemput Hadir ke Malaysia Halal Expo 2019 bagi melihat sendiri produk-produk tempatan yang berpontesi memasuki Pasaran Luar Negara. Selain itu, anda juga boleh melihat sendiri Produk-produk dari Usahawan PKS nanti, Jadi, Kalau korang travel ke luar negara boleh la mencari produk-produk tersebut yang tak perlu lagi di ragui status HALAL.


Untuk maklumat lanjut mengenai Malaysia Halal Expo 2019 boleh layari :


You Might Also Like

10 pesanan ditinggalkan

  1. wahh, bestnyaa expo.. mesti besar-besaran ni..

    ReplyDelete
  2. Wah, expo yang bagus dan sangat berguna buat traveler

    ReplyDelete
  3. Bagus..pasaran makanan halal semakin meluas sekarang ni. memudahkan kita semua kan..

    ReplyDelete
  4. Bestnya.. Senang nak cari makanan halal bila pegi Jepun nanti.

    ReplyDelete
  5. sesapa yg dekat, korang kena pi lah ni. hehe. kami dok jauh di utara ni, memang tidak lah nak pi. huhuhu

    ReplyDelete
  6. tadi dah pergi, memang macam2 produk ada tau..dari pagi samapi petang..hahaa..dah membeli juga tadi..sebab produk tu sedap dan mudah dimasak..heheee..beli juga kosmetik tadi..kihkih

    ReplyDelete
  7. bagus expo gini platform tuk usahawan kita

    ReplyDelete
  8. Dah pegi... Rugi pegi hari last. Best meriah! MHE 2019 patut buat lagi.. Program yang bagus untuk usahawan Malaysia

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^