//]]>

RUMAH KAMI : PASANG ZEBRA BLIND DEKAT RUANG DAPUR

December 12, 2018



Ada masa sedikit aku nak kongsi dengan pasal #rumahkami.. Actually banyak jer entry yang draff tentang #rumahkami tapi aku tak sempat publish...hahaha. So kali ini mood rajin nak UPDATE Ruang Dapur rumah aku. 

Plan asal sebenarnya memang tak nak buat apa-apa lagi sebab dapur ini pun hanya sementara..tapi sementara itu pun mungkin makan masa 5 Tahun juga..sebab aku nak besarkan rumah nanti di bahagian belakang. Tapi sebab dah 2 tahun duduk di rumah baru kami ini, makanya nak juga buat make over kecil-kecilan  gitew...

Jadinya, aku mula plan nak tukar langsir dapur dengan Bidai..sebab aku dah servey memang ramai yang pasang bidai a.k.a Blind Tingkap. Dulu ingat "Zebra Blind" sesuai pakai dekat pejabat sahaja rupanya ramai jer yang memilih Zebra Blind untuk ruang dapur. Tingkap dapur aku ukuran 6"X6". Lebar dan luas.


Macam inilah rupa ruang dapur aku selepas pemasangan Zebra Blind. Nampak lebih mudah aku nak buka dan tutup. Pencahayaan yang lebih baik untuk dapur aku. Sempena aku tukar Langsir dan pasang Bidai ini aku tukar juga rak kat bawah tu. Rumah aku kan tak ada Kabinet Dapur lagi jadi semua barang aku susun atas tu jer hihihi

yeahhh... inilah hasilnya Ruang Dapur yang selalu aku guna untuk Masak-memasak. BTW InsyAllah ada rezeki lebih nanti aku akan jadikan ruang ini sebagai hall ke dua soon. Kena BESARKAN RUMAH dulu hahaha. Doakan aku di murahkan rezeki tau...

Inilah Dapur kecilku ^_^





Nota : Mr.husband cakap simple dan Mudah next plan nak pasang Roller Blind dekat Bilik anak-anak aku pula. dah boleh tanggalkan langsir lama itu hihihi

You Might Also Like

9 pesanan ditinggalkan

  1. Pasang yg ni pon nmpk cantik dh.. Xperlu beli kain2 dh

    ReplyDelete
  2. nice jugak, IQ ada satu tingkap kt dapur. macam nk psang benda ni jugak la...hee

    ReplyDelete
  3. cantik nampak kemas dan moden kan :)

    ReplyDelete
  4. teringin gak nak pakai zebra blind ni,cuma tak jumpa lagi yang size kecil

    ReplyDelete
  5. teringin jug anak pakai..nak tukar cermin tingkap juga..best macamni erk

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^