Logo KBBA

REVIEW : MILK PEEL CREAM MASK FROM ALTHEA

December 06, 2018




Selamat pagi , Nak introduce satu lagi produk yang best untuk peminat #koreanbeauty. Nak tahu x? apa yang Best tu? Haaa... kali ini aku tak tipu tau  ALTHEA ada new product mask Cream yang seriously best untuk di pakai dekat muka terutamnya yang obses dengan kecantikan heheh . The Latest From Althea Korea iaitu MILK PEEL CREAM MASK . Bagi Korang yang suka Produk #koreanbeauty Must Try! sebabnya BEST Giler. Bagi Aku ini kiranya Fisrt time pakai Mask Jenis Cream. Biasanya kita pakai Peel mask, sheet mask or Clay mask jer kan. Kali ini cuba pakai CREAM MASK pula ^_^

MILK PEEL CREAM MASK adalah sejenis Mask muka yang menyegarkan untuk membuang sel-sel kulit mati secara perlahan-lahan..Masker Krim Kulit Susu dari Althea ini mengandungi kedua-dua ekstrak AHA dan BHA, pengelupasan yang lembut. Kelebihannya mampu membuang sel-sel kulit mati pada wajah dan membuat kulit muka lebih lembut dan anjal.


                  

KandunganMilk Peel Cream Mask
  • Bahan aktifnya adalah AHA & BHA yang membantu proses pengelupasan sel kulit mati secara lembut tetapi efektif  untuk kulit yang lebih licin.
  • Ia mengandungi Protein Casein (susu) untuk memberikan kelembapan dan membantu merangsang semula kulit untuk terus lembap sepanjang hari.
  • Ia mempunyai tekstur lembut seperti tanah liat yang gelembung apabila dipijat pada kulit lembap untuk membersihkan liang-liang yang mendalam
Bagaimana untuk menggunakannya?
Sapukan produk pada kulit yang lembap dan urut dengan perlahan sehingga ia keluar menjadi buih.Biarkan selama 30-60 saat sebelum membilasnya dengan air.



REVIEW SENDIRI:
ORANG KATA BELUM CUBA BELUM TAHU KAN...haa lepas dah cuba terus jatuh cinta. Milk peel Cream mask ini memang best guna pada aku lah korang pun wajib cuba! lepas sapu pada wajah korang nanti akan ada bui-buih halus pada cream tu, korang akan rasa sejuk & geli-geli haha tapi BEST.Macam magic Cream pun ada kahkahkah. Lepas bilas muka akan rasa kulit wajah sangat bersih , putih dan tesktur kulit jadi lembut. So, kena rajin-rajinlah pakai Milk Peel Cream Mask ini.

Nak beli Klik sini - https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask
* FREE SHIPPING on all ALTHEA Exclusives with CODE: PBSHIP 

Untuk info lanjut tentang Althea  boleh klik link dibawah :

Website : 

Facebook : 

Instagram : 

You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^