//]]>

TIPS DAN PANDUAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

October 05, 2018

Musim Peperiksaan dah semakin hampir, Bagi yang sedang bersekolah Peperiksaan Akhir Tahun bakal menjelma. Disaat-saat hari peperiksaan semakin hampir menjelang, para pelajar setentunya dilanda cemas, takut, kebingungan memikirkan lebih-lebih lagi mereka yang masih belum membuat persediaan yang cukup untuk menghadapi peperiksaan. Bermacam-macam persoalan akan timbul difikiran seperti:- 

1. Bolehkah aku menjawab dalam peperiksaan itu nanti ?. 
2. Bagaimanakah keputusan nanti yang aku perolehi, apakah aku akan lulus atau gagal ?

Hasil carian imej untuk tips menghadapi peperiksaan sekolah rendah

Para ibu bapa terutamanya serta anggota keluarga juga akan turut dilanda perasaan gelisah, bimbang dan memikirkan apakah anak-anak mereka akan berjaya atau tidak, para ibu bapa juga memainkan peranan dalam membantu kejayaan anak-anak mereka dengan memberikan dorongan dan nasihat serta memohon doa kejayaan kepada Allah Subhanahu Wataala. 

Tips Dan Panduan Menghadapi Peperiksaan agar mencapai ke arah kejayaan ini.

1.Bertenang dan lapangkan fikiran, elakkan tekanan perasaan.

2.Membuat ulang-kaji bagi topik-topik yang difikirkan penting.

3.Tidur yang mencukupi. Ini bertujuan untuk memelihara tenaga yang secukupnya semasa hari peperiksaan.

4.Menjaga kesihatan diri supaya dapat mengelakkan daripada demam atau kemalangan. Badan yang tidak sihat akan menyebabkan otak kurang cekap.

5.Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. Hindari makanan yang boleh melemahkan tenaga dan melembapkan minda.

6.Bangun tidur awal pada setiap pagi.

7.Bagi pelajar Islam, perbanyakan sembahyang hajat.

8.Membaca nota-nota ringkas yang telah disediakan.

9.Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh.

10.Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai. Udara yang bersih dan badan yang cergas akan menenangkan minda dan melapangkan fikiran.

11.Hindari sebarang masalah dengan sebarang pihak sama ada rakan, keluarga atau lebih-lebih lagi guru. Jangan bergaduh dengan rakan-rakan, atau bermusuhan dengan guru. Jangan menderhaka dengan ibu bapa dan jangan kurang ajar dengan guru.

12.Meminta doa dan restu ibu, bapa dan guru-guru.

13.Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai.

14.Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan.

15.Menjawab soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar.

16.Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. Ini membolehkan pelajar-pelajar sempat bertemu dan berbincang dengan rakan-rakan. Ini akan dapat mengurangkan ketegangan.

17.Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan sebelum menjelang hari peperiksaan.

18.Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yang berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan.

19.Datang ke tempat peperiksaan dengan kenderaan yang lebih selamat dan cepat. Jangan datang lewat. Ini hanya akan meresahkan pelajar dan menggugat kelancangan pemikiran pelajar.

20.Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawab sebelum dan selepas 
     peperiksaan.

21.Meminta ibu bapa atau ahli keluarga yang terdekat menghantar pelajar ke tempat peperiksaan. Sokongan moral sebegini amatlah penting.

22.Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan.

23.Membaca setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan.

24.Menjawab soalan berpandukan soalan yang telah dipilih.

25.Meminta sesuatu keperluan peperiksaan daripada pengawas yang bertugas.

26.Memulakan peperiksaan dengan membaca Bismillah.

Hasil carian imej untuk tips menghadapi peperiksaan sekolah rendah

27.Menjawab soalan yang pelajar fikirkan mudah dan betul terlebih dahulu, jangan mengambil masa yang lama untuk satu-satu soalan yang sukar dijawab.

28.Pastikan pelajar menjawab semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

29.Berserah kepada Allah dan yakin bahawa anda akan beroleh kejayaan selepas bekerja keras.

-SEMOGA BERJAYA-

You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. nice tips! rindu nak exam hahaha


    jemput join ga sha ; http://www.shfyqhazhr.com/2018/10/giveaway-planner-2019-by-shfyqhazhrcom.html

    ReplyDelete
  2. yang penting jgn stress + xtgl solat, bnyk doa,dan kena jwab dgn tenang
    heee

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^