//]]>

RESEPI PUDING ROTI PELANGI

August 15, 2018

Hai, kali ini aku nak kongsi dengan korang resepi puding roti pelangi tanpa telur. Kebetulan dekat rumah aku telur habis hihi , maka terhasil lah puding pelangi ini :). aku kalau buat agar-agar atau puding memang suka guna yang jenis tali.air tu korang agak2 la sendiri nak lembut lebihkan air..nak keras kurangkan air. Anak-anak aku memang suka manisan, jadi aku memang selalu buat di hujung minggu. Resepi mudah sahaja. 
Selamat Mencuba ^_^


BAHAN-BAHAN:

13 gm agar-agar tali
4 cawan air

BAHAN KISAR:

2 keping roti | dicarik
1 1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula halus *Sukatan gula ikut tahap kemanisan yang anda suka 
1 sudu Essen Vanilla
**Beberapa pewarna pilihan


CARA MEMASAK:

  1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut.
  2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar ke dalam periuk berisi larutan agar-agar. 
  3. Tuang adunan ke dalam acuan. kemudian Warnakan adunan menggunakan lidi (celupkan lidi ke dalam pewarna dan lorekkan dalam adunan )
  4. Sejukkan dalam peti sejuk. Sedia untuk dinikmati.

 

You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

  1. menariknya warna! selalu makan yang biasa tu je

    ReplyDelete
  2. Nampak menyelerakan, bahan pun tak banyak. nanti boleh zumal try

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^