//]]>

APAKAH ITU HYPERTYROID?

August 12, 2018

APAKAH ITU HYPERTYROID??
Hyperthyroid bermaksud kelenjar tiroid kita mengeluarkan lebih hormon tiroid. Kelenjar tiroid terletak dibahagian hadapan leher kita. Berfungsi untuk mengawal metabolisma, memberi keupayaan kepada tubuh untuk memproses makanan kepada tenaga. Ia juga memberi kesan kepada jantung, otot, tulang dan kolestrol.

Hyperthyroid boleh dirawat dengan mudah dan penghidap hyperthyroid boleh kembali hidup sihat. Jika tidak dirawat, hyperthyroid boleh membawa kepada masalah jantung yang serius, masalah tulang dan satu keadaan yang merbahaya yang dikenali sebagai ‘thyroid storm’.

JENIS-JENIS TIROID
Ada dua jenis penyakit tiroid yang utama iaitu Hipertiroidisme dan Hipotiroidisme.





PUNCA TERJADINYA PENYAKIT TIROID (HYPERTHYROID)

Hyperthyroid biasanya berpunca daripada Grave’s disease. Ia terjadi apabila sistem pertahanan semulajadi tubuh menyerang kelenjar thyroid. Kelenjar tiroid melawan semua dengan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroid. Seperti masalah tiroid lain, ia adalah keturunan.

Kadangkala hyperthyroid juga boleh disebabkan oleh pembengkakan thyroid atau ketumbuhan kecil pada tiroid yang dikenali sebagai nodul tiroid.

SIMPTOM-SIMPTOM HYPERTHYROID

Anda mungkin tidak mengalami sebarang simptom. Atau:

🌺Anda mungkin merasa gementar, tiada mood, lemah dan letih
🌺Tangan menggeletar, jantung berdegup pantas atau mengalami kesukaran bernafas
🌺Kepanasan dan berpeluh, kulit menjadi kemerah-merahan dan gatal
🌺Mengalami keguguran rambut
🌺Hilang berat badan walaupun tetap mengambil pemakanan seperti biasa


Okay sedikit perkongsian berkaitan kesihatan.Semoga bermanfaat untuk anda sebagai rujukan :)
hari ini Hari ke - 3 Makcik aku kena Operation sebab tyroid. Doakan semoga makcik aku cepat sembuh.

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^