//]]>

RESEPI KEK COKLAT MOIST KUKUS SUKATAN CAWAN

July 08, 2018

Foto Farah Wahida.


Hai korang,
sapa suka makan kek coklat moist? jom aku nak kongsi resepi mudah guna sukatan cawan sahaja & tak perlu guna butter, kita switch dengan minyak.  Insyallah jadi moist sgt.Tak perlu guna mixer juga, korang guna blander sahaja. So Jom buat dan lagi satu korang wajib cuba sebab senang je hihi

kek coklat moist nie aku memang akan buat setiap kali raya...kira menu wajib gitu! kalau malas-malas sangat aku akan beli huhu tapi sejak dapat resepi mudah nie rasa macam nak buat selalu sahaja hihi

jom tengok bahan-bahannya ^_^

Bahan-Bahan Kek Coklat Moist :
Bahan A
1 Cawan susu cair
1 Cawan susu pekat
1 cawan gula pasir
1 Cawan minyak masak@minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur
***Semua bahan blender je sampai sebati ( 5 minit )

Bahan B

1 1/2 Cawan tepung gandum
1 Cawan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder
***Ayak semua bahan

Bahan C
Topping coklat ganache

3 sudu Butter
4 sudu susu pekat *kalau nak manis boleh tambah lagi
4 sudu serbuk koko
5 sudu susu cair * boleh tambah kalau topping pekat

***Satukan semua bahan masak secara double boil/atas api kecil


Foto Jom Belajar Buat Kek.


CARA-CARA :
1. Satukan bahan A ke dalam Blander & bland sehingga sebati. 
2. Kemudian bila bahan A sebati Masukkan bahan B dan blander lagi lebih kurang ( agak-agak 5 minit tempoh blander semua bahan )
3.Pastu masukkan bahan yg di blender tadi ke dalam loyang, aliskan dengan butter/baking paper supaya kek tidak melekat pada loyang

4. Panaskan air dahulu di dalam periuk pengukus. Kukus kek 45 minit - 1 jam sehingga masak
**Cucuk pakai lidi, kalau dah tak lekat pada lidi tuu kira kek dah masak..

5. Sementara tunggu kek masak boleh buat Topping guna kaedah double boil.Tuang pada permukaan kek apabila kek telah masak dan di sejukkan.

6. ok. Siap! 

Selamat mencuba ^_^

You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. ada resipi cawan ni yg besttt! sbb sukatan gram semua tu susah sbb tade penimbang.

    ReplyDelete
  2. wahhh, bestnyaaa. my feveret ni..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^