//]]>

RESEPI BEGEDIL AYAM KENTANG

July 31, 2018




Resepi Begedil kentang Ringkas Dan Sedap
Sumber resepi : #blogpermatabiru

Bahan-bahan :

Kentang saiz sederhana 5 biji
Bawang Goreng satu cawan
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
Telur gred A dua biji
Minyak untuk mengoreng
Daun Sup jika suka



Cara Memasak :

1. Goreng kentang dalam minyak yang sederhana banyaknya. Nak Rebus sahaja pun boleh.
2. Kemudian tumbuk bagi lumat bersama Ladah sulah, garam dan bawang goreng
3. selepas lumat masukkan daun sup dan gaulkan sebati
4. Bentukkan begedil  mengikut saiz kesukaan, kalau kecil-kecil comel lagi sedap hihi
5. Celupkan begedil ke dalam telur sebelum kita goreng dia.Lepas tu, bila minyak dah panas, boleh masukkan begedil kentang tu.



**Sebenarnya, kalau taknak kentang ni hancur time kita goreng dia, saya akan simpan sekejap dalam fridge sekitar dua jam.Jadi bila kita nak goreng begedil tu, taklah lembik atau lembut sangat.Lagi satu, masa kita bentukkan dia, tekan kuat sikit biar padat dan tak cepat hancur.Insha Allah.


selamat mencuba ^_^



You Might Also Like

6 pesanan ditinggalkan

  1. LZ suka begedil makan dengan soto.. Mudah bahan-bahan begedil ni..
    Next time boleh cuba resepi ni.. By the way nice sharing PB..

    ReplyDelete
  2. Esok nk p cari bergedil la.. Nk buat malas.. Hihi

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^