//]]>

KAISARA PULA DIJANGKITI CHIKEN POX

July 29, 2018

Salam hujung Minggu

3 minggu yang lalu kaliff kena chiken pox
alhamdulillah dah pulih sepenuhnya
kali ini giliran kaisara pula
Allah Dugaann untuk mama & kakak

Aku sendiri pun tak sangka chiken pox nie nak  berjangkit pada kaisara
sebab aku dah ambil langkah awal pencegahan
masa aku menjaga kaliff
yerr la tinggal serumahkan memang susuh nak elak
tapi aku cuba la juga sehabis baik

asingkan tempat tido, jangan kongsi tuala,
makan & minuman pun asing
tak bagi main sekali dalam tempoh kaliff kena chiken pox itu
tapi apakan daya
rupanya terjangkit juga...

dalam keadaan sekarang yang tular penyakit HFMD
kebimbangan aku makin bertambah masa tengok biji-biji mula naik pada mulut kaisara
kaisara ada bagitahu kelas dia ada yang terkena HFMD
masa buat saringan kaisara salah seorang suspek  hfmd
malam tu juga aku bawa ke klinik untuk check up 
dan doktor sahkan kaisara bebas HFMD 

tapi tak sampai 3 hari aku check up tu 
badan kaisara mula naik biji-biji
rupanya kaisara terkena Chiken Pox
dan kali nie chiken pox kaisara lebih banyak dan aktif dari kaliff
dah banyak malam juga aku tido lewat
jagakan kaisara...
anak perempuan manjannya lebih sikit 

Alhamdulillah semalam aku bawa kaisara jumpa doktor swasta
refer juga ke Klinik Kesihatan dan buat ujian darah
Doktor kata tiada apa yang membimbangkan
aku cuma kena  ON Antibiotik 
sebab kaisara demam sekali

Korang Doakan anak aku cepat sembuh
semoga anak-anak kita di jauhi dari penyakit yang tersebar kini..

* aku sambung cuti kuarantin lagi 5 hari bermula esok



You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. semoga cept sembuh kaisara, anak2 kwan timm pun pkat2 kena chicken pox, budak2 baru nk beso, huhu..

    ReplyDelete
  2. Moga Kaisara cepat sembuh. Aamiin...

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^