//]]>

Drama Jangan Benci Cintaku (TV3)

July 04, 2018


Jangan Benci Cintaku

Drama adaptasi novel Jangan Benci Cintaku karya Emy Roberto yang bakal disiarkan di slot Akasia TV3. Drama bersiri 28 episod terbitan Suhan Movies & Trading arahan Pali Yahya. Dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Izzue Islam, Amelia Henderson dan ramai lagi. Akan bersiaran bermula 29 Jun 2018, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3.

JUDUL : JANGAN BENCI CINTAKU
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 29 Jun 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7:00 malam
SIARAN TV : Slot Akasia TV3
PENULIS SKRIP : Farhana Fauri
PENULIS NOVEL : Emy Roberto
PENGARAH : Pali Yahya
TERBITAN : Suhan Movies & Trading
PELAKON : Saharul Ridzwan, Zahirah Macwilson, Niena Baharun, Luqman Hafidz, Izzue Islam, Amelia Henderson, Daler Yusuf, Dilla Ahmad, Esma Dainal, Azizah Mahzan, Azhar Amir, Catriona Brian Ross

WATAK PELAKON 
Saharul Ridzwan sebagai Shahrizal Hayrat
Zahirah Macwilson sebagai Rafeeqa Huda
Niena Baharun sebagai Husna
Luqman Hafidz sebagai Faris
Izzue Islam sebagai Syazwi
Amelia Henderson sebagai Damia
Daler Yusuf sebagai Irwan
Dilla Ahmad sebagai Zaida
Esma Dainal as Tuan Shariman
Azizah Mahzan sebagai Nek Pah
Catriona Brian Ross sebagai Puan Azlin

LAGU TEMA / OST 
Misha Omar - Sampai Bila

SINOPSIS JANGAN BENCI CINTAKU

Jangan Benci Cintaku

Perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal adalah aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang tak bersedia dengan komitmen menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan. Lantas, Rafeeqa tidak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya. Lima tahun kemudian, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya. Namun, Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna dan Rafeeqa berjanji pada diri akan merebut cinta suaminya semula.

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.


sumber : sini
-------------------------------------------------------------------------------------------------

*baru jer tengok dua episod, macam best tapi jalan cerita hampir sama dengan satu drama yang pernah di tayangkan dekat tv3 juga. Cuma kita tak ingat tajuk..apa ehh...? yang si Isteri tinggalkan suaminya sebab nak kejar cita-cita then balik menagih kasihnya kembali sebab si suami dah ada isteri baru haha...Nampak tak? aku nie kaki dama tau...masih ingat hehe.
Harapnya jalan cerita nie ada lah sedikit kelainan nya..JoM tonton !

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. Betul la.. Cita lebih kurang mcm pernah tgk...

    ReplyDelete
  2. Banyak sangat drama semua takdapat nak ikut. Tapi drama ni terbitan Suhan Movie eh...maybe menarik

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^