//]]>

MUSIM HARUMANIS DAH KEMBALI

May 01, 2018

Foto Farah Wahida.

Pon..Ponnnn
aku nak buat iklan sedikit
bersempena dengan mood nak menaip masih ada
aku nak war-warkan dekat korang yang tinggal di luar dari Negeri Perlis
yang teringin nak membeli Buah Harumanis perlis ini
boleh hubungi aku dekat
  sini 

Foto Farah Wahida.

aku saja nak bagi tau tahun nie aku dah OFFICIALLY jadi agen yang sah
so, buah-buah yang aku tawarkan InsyAllah yang dalam Kategori terbaik
kalau korang tinggal luar dari perlis pun aku pos kan hew hew

Menarik tak? ok harga semestinya yang masih releven
sesuai dengan rasanya yang sedap








Apa Itu Mangga Harumanis?
Mangga Harumanis atau dikenali juga sebagai harum manis adalah 
sejenis buah mangga yang tumbuh di negeri Perlis. Seperti yang anda tahu, mangga ini mendapat namanya daripada sifat mangga itu sendiri, iaitu baunya yang harum dan rasanya yang manis.
Pada 2 Ogos 2011, Jabatan Pertanian Negeri Perlis telah mendaftarkan Mangga Harumanis Perlis sebagai harta intelek.
Mangga Harumanis terkenal kerana rasanya enak, lain daripada buah mangga yang lain. Mangga ini juga mengeluarkan bau yang sangat harum apabila betul-betul masak – isinya akan bertukar kepada warna oren kekuningan.
Foto Farah Wahida.


Apa Yang Membezakan Mangga Harumanis Dengan Mangga Lain?
Jabatan Pertanian telah bersetuju bahawa mangga Harumanis Perlis adalah antara baka mangga terbaik di Malaysia.
Selain rasa yang lebih enak, dan unik daripada mangga lain, faktor lain yang membuatkan mangga Harumanis begitu terkenal ialah kerana pengeluarannya yang terhad.
Ramai yang tak tahu bahawa mangga Harumanis hanya berbuah sekali sahaja dalam masa setahun. Tempoh berbuah pula adalah sangat terhad, iaitu dari sebulan hingga sebulan setengah sahaja untuk setiap musim.
Selalunya daripada penghujung bulan April hingga awal bulan Jun.
Dalam erti kata lain, mangga Harumanis hanya boleh didapati dalam masa sebulan sahaja setiap tahun, atau setiap musim.
Pokok Harumanis memerlukan musim kemarau dari Januari hingga Mac untuk berbunga. Tempoh ini juga dikenali sebagai “Stress Period” mengikut Jabatan Pertanian Negeri Perlis.
Yang membuat mangga ini lebih unik, di Malaysia, mangga Harumanis hanya tumbuh di negeri Perlis.
Banyak kajian dan eksperimen yang dilakukan oleh pelbagai pihak untuk menanam mangga Harumanis di negeri lain, tetapi sehingga kini masih belum berjaya.
Ada yang pokok berjaya tumbuh, tetapi tidak mengeluarkan buah langsung. Ada pula yang pokok pun tak tumbuh.
Faktor-faktor ini membuatkan mangga Harumanis adalah unik dan berbeza daripada mangga-mangga lain di pasaran Malaysia, mahupun dunia.

Foto Farah Wahida.



BERMINAT NAK ODER?
Okay kalau korang berminat nak oder boleh tengok DEKAT FB aku klik sini , pm inbox /wasap. Boleh juga pm aku dekat email - farahwahidaputra@yahoo.com


ok.sekian,

 terima kasih dekat semua customer yang dah oder Harumanis dari aku ^_^

You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. Buah yang sedap dan puas hati membeli seperti mana puas hati memakan dengan rasanya yang tak akan lupa kalau dan makan sekali.

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak makan harumanis..semoga bisnes maju ye awak :)

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^