Logo KBBA

RESEPI AYAM MASAK KICAP

July 03, 2023

    RESEPI AYAM MASAK KICAP - Kalau ikutkan resepi Ayam Masak Kicap ada macam-macam resepi kan. Untuk kali ini, Jom cuba resepi cara saya pula.  Apa yang penting kuah masak kicap mestilah pekat, lemak, manis dan pedas secukup rasa.




Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
garam
kunyit
1 mangkuk minyak
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
kicap manis
cili merah
sedikit air
2 sudu besar air asam jawa
bawang besar, hiris bulat
Bahan tumbuk halus:
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 inci halia

Cara Penyediaan:

  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Kurangkan sedikit minyak gorengan ayam tadi cukup sekadar untuk tumisan. Masukkan bahan tumbuk halus dan kacau sehingga kekuningan.
  4. Masukkan sos tiram, sos tomato, dan ayam tadi. Kacau seketikan.
  5. Masukkan pula kicap, agak-agak sahaja supaya cukup kuahnya, kemudian masukkan cili merah dan sedikit air asam jawa .
  6. Tutup dan biarkan ayam masak, masukkan tomato dan bawang besar. Kacau sekejap sahaja anggaran bawang sedikit layu dan padamkan api.
Angakat dan hidang bersama taburan cili dan daun bawang.

selamat Mencuba!

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. Ayam kicap ni menu dekat rumah bila dah tak tahu nak masak apa

    ReplyDelete
  2. Ayam kicap mmg best kalu mkn dgn nasi panas2.. mmg fav satu umahlah..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^