Logo KBBA

PERMAINAN MONEY GAMES ONLINE PERCUMA DI MORTGAGE CALCULATOR

February 07, 2023

Hai semua,

Hari ini aku nak kenalkan satu game online yang lebih menekan berkaitan kewangan dan sangat sesuai untuk kanak-kanak. Dalam dunia tanpa sempadan, sesuai dengan peredaran masa kini sekarang permainan game online kini menjadi kegilaan remaja tidak terkecuali juga kanak-kanak. Permainan educational games yang terdapat di Mortgage Calculator bukan sahaja memudahkan dalam proses mendidik anak-anak, malah turut membantu menambahkan pemahaman asas kepada mereka dalam cara yang menggembirakan. Di Mortgage Calculator game online yang di sajikan pastilah sangat menyeronokan dan sesuai untuk kanak-kanak.

Money Game Mortgage calculator ialah laman web yang menyediakan pelbagai permainan kewangan interaktif dan kuiz yang berkaitan dengan gadai janji dan pemilikan rumah. Permainan ini direka bentuk untuk mendidik dan memaklumkan pengguna tentang topik seperti kadar gadai janji, pengiraan pembayaran gadai janji dan pelbagai pilihan gadai janji.

Pengguna boleh menguji pengetahuan dan kemahiran mereka dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif melalui permainan dan kuiz ini. Terdapat beberapa faedah yang berpotensi untuk kanak-kanak bermain permainan wang dalam talian. Permainan ini boleh membantu kanak-kanak belajar tentang konsep kewangan, seperti menyimpan, belanjawan dan membuat keputusan tentang cara memperuntukkan sumber.

Mereka juga boleh membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran matematik yang penting, seperti mengira perubahan dan memahami persamaan kewangan asas.

KELEBIHAN MORTGAGE CALCULATOR GAMES

  • tak perlu buat sebarang langganan
  • tiada iklan sepanjang permainan
  • tak perlu muat naik aplikasi
  • tak perlu mendaftar masuk, boleh bermain pada bila-bila masa, 
  • mobile-friendly.
  • ianya percuma. 

Laman web ini juga sesuai untuk kanak-kanak kerana ia menyediakan permainan dan aktiviti pendidikan yang berkaitan dengan celik kewangan dan pengurusan wang.

Permainan ini direka bentuk untuk menarik dan interaktif, membantu kanak-kanak belajar tentang belanjawan, menyimpan dan berbelanja dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif. Laman web ini juga menyediakan sumber dan petua untuk ibu bapa untuk membantu mengajar anak-anak mereka tentang tanggungjawab kewangan dan pengurusan wang.

Money Games - Counting Money & Making Change

Grocery Cashier adalah antara permainan yang terdapat dalam mortgage Calculator. Seronok tau bermain game ini... dalam game ini kita akan menjadi seorang cashier yang perlu mengira harga barangan yang di beli oleh pelanggan. kalau dulu zaman budak-budak mesti ramai yang bercita-cita nak jadi cashier kan..seronok pegang duit tekan-tekan mesin hahaha.

Dalam game ini mudah sahaja cuma ikut arahan , tekan harga barang dengan pantas dalam masa yang diperuntukannya.  Selepas itu, customer akan  bagi duit, masukkan amount dan tolak sahaja. Last sekali, tekan pada bahagian wang itu dan  kembalikan baki kepada pelanggan. MUDAH DAN BEST TAU!

Selain daripada Money Games, ada beberapa kategori permainan lain yang boleh dipilih iaitu:

  • Real Estate Games
  • Food Business Simulation Games
  • Business Simulation Games
  • Software Development Games
  • Office Politics Games
  • Other Fun Games

Secara keseluruhannya, laman web ini menyediakan pelbagai alat dan permainan kewangan interaktif yang boleh berguna untuk individu yang ingin meningkatkan celik kewangan mereka dan membuat keputusan kewangan. Korang boleh Guide anak-anak untuk bermain dalam Money game ini. Boleh belajar macam mana cara anak-anak nak menggunakan duit bila nk membeli belah di kedai nanti  heheheh.

Nah! klik link sini untuk terus bermain permainan game online percuma https://www.mortgagecalculator.org/money-games/

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. Laman web yang memang sesuai untuk kanak-kanak berseronok sambil meningkatkan kemahiran.

    ReplyDelete
  2. Nice post thank you Suzan

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^