TARIKAN TERBARU DI PERLIS TASOH TASIKKU

December 11, 2020

 

Hi u'oulls..

Salam hujung minggu... Hari ini aku nak share pasal satu tempat Baru yang menarik wajib korang kunjungi bila ke Negeri Perlis. Kalau sebut perlis mesti macam Tak Ada je yang menarik kan . So sekarang dah Ada satu lagi tarikkan terbaru yang korang mesti Masuk wishlist lepas pkpb Nanti...Jemputlah datang dan singgah ke Tasoh TASIKKU.

TASOH TASIKKU BY TASOH LAKE RESORT

Baru-baru ini Mula diperkenalkan balik sebagai Salah satu tarikkan pelancongan yang terbaru di negeri Perlis. Tasoh lake resort bukanlah sesuatu yang asing...dah lama pun wujud. Tetapi kini dengan pengurusan yang terbaru ianya Mula menarik minat orang untuk berkunjung ke Sana. Dengar kata Dari pengurusan yang sama dengan Pulau Jerejak yang Mula di kunjungi orang ramai sekarang....Cantik2 kan...

Lepas PKPB Nanti , orang luar Perlis wajib datang sini. Kita cuti-cuti Malaysia di PERLIS Pula. 

Bayaran masuk pun hanya murah je hanya  RM5.00 per entry ( sebiji kereta ) , dapat kupon sewa basikal. Nak sewa motor pun boleh, keretapi pun ada.

Boleh bergambar sepuas hati, boleh riadah bersama keluarga. Berlatar belakangkan Tasik Timah Tasoh yang indah. This is Perlis! gaiss....

Apa yang menarik di TASOH TASIKKU?

Dari pandangan mata aku apa yang menarik di sini adalah Salah satu tempat riadah family yang luas dan cantik. View di keseluruhan kawasan memang lawa... Disebabkan aku pun dah berkunjung ke Sana last week jadi aku nak kongsikan juga beberapa keping gambar yang sempat aku rakamkan di Sana. Kalau korang nk asah bakat jd professional photographer tempat INI memang the best 👍

Boleh buat apa di sini? 

➡️Berkelah

➡️Berbasikal

➡️Boleh sewa mini skutter round sekitar tasik

➡️Boleh bawa kids Naik mini train (kids confirm seronok)

➡️Food truck pun Ada Serta tempat makan yang selesa!

**Actually sekarang dah Ada macam2 tarikkan ni story aku based on last 3 weeks hehehe 









Ada beberapa lagi tempat Kat dalam tu yang Tak sempat aku ambil gambar dek merana Masa yang suntuk. Aku pergi Masa ni dah lewat petang around 5 petang. Unplanned pula tu hahaha jd dok berkejar Masa dengan nak magrib...dengan susu dakk kecik Keisha ni x bawah hahaha. So far DEKAt je dari rumah aku lebih kurang 15 minit. TASoh TASIKKU ni terletak di jalan menghala ke Pasang Besar. jadi kalau korang ada plan nak ke sini boleh lah lajak ke Pasang Besar shopping di Sana pula. Satu lalu jer...satu lagi Taman ular dah Tak jauh juga ☺️. 

Welcome to P E R L I S 🤗

Nanti kalau nak ke sana macam biasa KENA JAGA SOP...JAGA JARAK DAN JANGAN LUPA PAKAI MASK SERTA HANDS SANITIZER .

 Scan MYSEJAHTERA JUGA TAU 😉



You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

  1. paling cantik tangga yang naik ke udara tu

    ReplyDelete
  2. Ni yang buat kami rasa nak balik Perlis ni 🤭

    ReplyDelete
  3. teringin pulak nak pergi perlis ni

    ReplyDelete
  4. nicenya tempat tu. tangga kalerful. instagrammable, best ni tempat ambil gambar ..

    ReplyDelete
  5. Tempat yg best utk yg suka ambil gambar hehe

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^