COOLBLOG : "CHEESY PINKY BERRY" PERISA TERBARU DI PASARAN

March 16, 2020


SEMARAK AURA MERAH JAMBU CHEESY PINKY BERRY COOLBLOG : Ada peminat COOLBLOG tak Dekat Sini?? Haa nak bagitau korang ni Coolblog baru-baru ini telah mengumumkan siri minuman terbaru dari mereka iaitu Cheesy Pinky Berry yang sudah boleh di dapati di semua rangkaian Coolblog seleruh negara. WoW!! rasa teruja dan tak sabarnya Farah nak rasa Minuman terbaru dari Coolblog ini. Nama pun dah sedapp! Datang pula dengan bekas penutup comel berbentuk Love, pastinyanya menarik perhatian anda khasnya peminat pink Pinky gitew! Agaknya bagaimana pula rasanya kan hahaha. So, wajib cuba u'ooulss... (Adeh..aku nie dah lah peminat setia CoolBlog weh...!)

Cheesy Pinky Berry  Dijual pada harga RM8.80 bagi saiz 700ml, Cheesy Pinky Berry didatangkan dalam 3 perisa iaitu Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo dan telah dilancarkan di dalam konti radio SURIA FM bersama-sama barisan utama penyampai SURIA FM baru-baru ini. Minuman Baharu Coolblog Cheesy Pinky Berry Strawberry Kini Menghangatkan Deria Rasa anda di Cawangan CoolBlog Seluruh Negara

 PERASMIAN SIRI MINUMAN TERBARU COOLBLOG - Cheesy Pinky Berry 

Pengurus Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog Cik Win Zakaria, hadir di konradio SURIA FM hari ini untuk secara rasmi memperkenalkan siri minuman terbaharu Coolblog yang diberi nama Cheesy Pinky Berry. Majlis perasmian ini mencipta sejarah kerana buat julung kalinya, perasmian minuman terbaharu Coolblog diadakan secara langsung didalam konti radio yang dihadiri oleh barisan utama penyampai radio SURIA FM seperti Issey, Fizi, Tyzo, Rara dan Suraya. Kemunculan pelakon yang popular dengan watak Lailer didalam drama bersiri ‘Kampung People’ iaitu Riena Diana semasa majlis pelancaran turut menambahkan lagi hangatnya aura merah jambu yang dibawakan oleh Coolblog  menandakan kempen pertama oleh Coolblog bagi tahun 2020.

Mengangkat keenakkan dan keistimewaan buah strawberi, Cheesy Pinky Berry oleh Coolblog ini didatangkan dalam 3 perisa iaitu :

  1.  Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky,
  2.  Cheesy Pinky BerryStrawberry Cheese
  3.  Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo 



Dengan taktik komunikasi – Let Coolblog Pink Your World, mesej utama kempen Cheesy Pinky Berry ini adalah untuk memberitahu umum bahawa Coolblog kini tampil dengan aura dan semangat merah jambu yang penuh semangat yang membara. Keenakkan rasa strawberi premium yang diadun bersama susu segar, cheese dan oreo juga turut disertakan dengan butiran jeli berbentuk hati pasti menambat tunas rasa setiap pelanggan setia dan penggemar minuman smoothies. Cheesy Pinky Berry dijual pada harga RM8.80 bagi saiz 700ml dan boleh didapati di kesemua 300 cawangan Coolblog seluruh Malaysia. 


Muzik Video Cheesy Pinky Berry
Bagi menyemarakkan lagi dunia merah jambu bagi peminat setia Coolblog dan juga penggemar minuman smoothies, Coolblog telah melancarkan muzik video Cheesy Pinky Berry yang dibintangi oleh Riena Diana. Berlatarkan muzik jingle yang comel dan berunsur Korea, muzik video Cheesy Pinky Berry boleh di saksikan di laman sosial rasmi Instagram dan Facebook Coolblog Malaysia. Versi boleh muat turun akan dilancarkan tidak lama lagi dan peminat Coolblog boleh memuat turun muzik video Cheesy Pinky Berry ke dalam peranti mereka. 

Cabaran Tarian TikTok Cheesy Pinky Berry
Sempena kempen Cheesy Pinky Berry ini, CoolBlog menganjurkan cabaran tarian melalui aplikasi TikTok yang diberi nama #CPBDanceChallenge. Untuk mengambil bahagian, pelanggan perlu membeli minuman mana-mana perisa minuman Cheesy Pinky Berry Coolblog, muat naik video tarian menggunakan lagu rasmi Cheesy Pinky Berry dan peserta yang mendapat undian tertinggi akan berpeluang memenangi hadiah wang tunai. Maklumat lanjut cabaran tarian TikTok Cheesy Pinky Berry akan dikemaskini di laman sesawang dan media sosial rasmi Coolblog.

Cik Win Zakaria, Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan, Coolblog 

"Kami sangat gembira dan berbangga memperkenalkan  Cheesy Pinky Berry  sebagai taruhanpertama oleh Coolblog pada tahun ini dan saya yakin siri dan perisa baharu Cheesy Pinky Berryini akan membawa minuman Coolblog ke peringkat seterusnya dan mendapat sambutan lebihhebat berbanding siri kempen sebelum ini. Apa   yang   menarik   pada   kempen  Cheesy   Pinky   Berry  ini   adalah   pada   strategi   kami   dalam memberi   minuman   yang  trendy  dan   terkini   bagi   tahun   2020.   

Bukan mudah untuk kami meyajikan sesuatu yang menepati citarasa semua, tetapi menjadi prinsip utama kami untuk sentiasa memberikan yang terbaik untuk peminat Coolblog dan setelah melakukan beberapa fasa kajian, kami melihat minuman berasaskan buah strawberry bakal menjadi trend yang hangat untuk 2020, maka dengan itu kami dengan bangganya memperkenalkan 3 minuman terbaharu kami yang kami beri nama Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese, Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo dan Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky.


Selain perisa strawberi menjadi trend terkini, kami di Coolblog memilih strawberi kerana keenakkan stawberi itu apabila diadun dengan bahan-bahan dan perisa ikonik serta berkualiti dari Coolblog, ianya menghasilkan rasa minuman yang amat sedap dan menepati citarasa penggemar minuman smoothies di Malaysia. Cheesy Pinky Berry Strawberry Cheese – keenakkan strawberry yang diadun dengan keju yang penuh krim. Cheesy Pinky Berry Strawberry Oreo – Minuman strawberry yang diadun dengan biskut Oreo dan akhir sekali Cheesy Pinky Berry Strawberry Milky, campuran strawberi dan susu segar. Kami percaya ketiga-tiga siri Cheesy Pinky Berry ini semestinya menambah satu lagi dimensi pada palate rasa pencinta Coolblog.”

Untik peminat CoolBlog jangan lupa untuk dapatkan CoolBlog Cheesy Pinky Berry di CoolBlog berhampiran anda. Untuk info lanjut anda boleh layari media sosial rasmi CoolBlog.

Instagram: @CoolblogMalaysia
Facebook: Coolblog Malaysia

#CheesyPinkyBerry 
#CoolblogCPB 
#CoolblogMalaysia

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. Yayy..jom kita pergi beli jommm...nak cawan love tu haaaa

    ReplyDelete
  2. Warnanya sangat mengancm untuk dicuba tau... tghari dapat ni best ni

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^