Logo KBBA

PHOTOBOOK : MURAHNYA! CUCI GAMBAR SAIZ 4R DENGAN PHOTOBOOK APSS

October 09, 2019

Selamat Pagi


Hari ini mood rajin nak kongsi benda baik dengan korang yang tak tahu lagi.  Bagaimana nak cuci gambar yang banyak dan cantik-cantik dalam galery phone korang tu?? haaa jap lagi farah kongsikan dengan korang.

Bukan entry berbayar tau hehe. Mmg aku nak kongsikan pun. Kalau nak cuci gambar saiz 4R dekat kedai gambar sekeping pun dah cecah RM1 dah kan. So, minggu lepas aku saja lah cuci-cuci mata dekat shopee terjumpa pula photobook promo PHOTO PRINTS 4R 50 PCS RM2.50!! Murah je wehh kan! lepas baca decriptionnya lagilah mudah. Sebab yang nie korang tak perlu nak edit bagai dah... terus Upload dari Galery Phone guna Apps Photobook.

okay, aku share step macam mana nak dapatkan photo print saiz 4R dengan menggunakan app photobook yang mudah itu. 

1.  Mula-mula korang kena beli dulu voucher ( photobook ) dalam SHOPEE. ( Harga berubah-ubah bergantung pada promo time tu )





2.  Lepas dah dapat No voucher itu, korang install Photobook apps dalam phone korang. Untuk yang pertama kali install korang install je dari Playstore. 



3. Lepas dah Install . korang pilih bahagian Photo Prints macam dekat bawah ni. Pilih jumlah gambar yang nak prints. 


4. OK. Lepas dah upload semua korang continue je dengan pembayaran  ( Nanti korang akan nampak Harga yang di pamerkan memang mahal so jangan risau, nanti lepas korang upload dan masukkan kod voucher dia akan deduct dari harga asal itu). dekat sini nanti korang akan di kenakan Caj Penghantaran sahaja RM8.00 semenanjung.




5. Siap. Korang tunggu je gambar tu sampai nanti. ( aku punya 3 hari dah sampai ) 



*** sedikit info tambahan untuk Photo Print ada 2 pilihan  jenis gloss atau matte. so far ak dah pernah cuci ke dua-dua jenis. bagi aku gloss lagi cantik. nak tengok tak hasilnya hehe. ( macam dekat bawah nie ) . Total semua : RM 10.50 for 50 pcs kira ok lah kan..kan . next kita cuci lagi hehe. tq Photobook Malaysia.






ok. thank you reading here!






You Might Also Like

6 pesanan ditinggalkan

  1. memang senang nak print gmbr dgn guna apps ni

    ReplyDelete
  2. kak ana pun selalu print foto atau buat photobook dengan PHOTOBOOK ni, kalau time promotion tu murah ya amat kan berbaloi sungguh.

    ReplyDelete
  3. saya pulak dapat free voucher dengan pembelian biskut lexus..dapat satu simple book dan 25pcs 4R

    ReplyDelete
  4. dh buat bapa buah dh tau... nnt nak kena beli lagi la voucer dia..

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi guna service Photobook. mudah kan skarng..
    ujung jari semua tekan2 tunggu siap dah..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^