Logo KBBA

SINOPSIS DRAMA MR.GREY (ASTRO RIA)

April 24, 2018

Mr. Grey astro ria

slot Mega Drama di Astro Ria. Dibintangi oleh Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati dan ramai lagi. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd dibawah arahan Riza Baharudin. Akan menemui penonton mulai 9 April nanti di Astro Ria 104 dan Ria HD 123.adaptasi dari Novel juga.

JUDUL : MR. GREY

JUMLAH EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : April 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 123
PENULIS SKRIP : Rozie Rashid & Amka Ahmad
PENULIS NOVEL : Syamnuriezmil
PENGARAH : Riza Baharudin
TERBITAN : Global Station Sdn Bhd
PELAKON : Fendy Bakry, Eyra Hazali, Shah Iskandar, Lisdawati, Gambit Saifullah, Scha Elinnea, Kayda, Nabil Aqil, Mardiana Alwi, Rahim Jailani, Fauziah Ahmad Daud, Azerin Zainal, Ali Reza, Azhar Amir, Farah Nabilah, Kamal Bakar, Wan Nur Khaleda Azizi, Ruzanna Hazmi, Syaza Hussi, Syakirah Nurizzati

WATAK PELAKON
Fendy Bakry sebagai Mr.Grey
Eyra Hazali sebagai Nisa Ardina
Shah Iskandar sebagai Ilham Arsyad
Lisdawati sebagai Datin Musalmah
Gambit Saifullah sebagai Mr Red (Reid Kamal)
Mardiana Alwi sebagai Kak Ain
Rahim Jailani sebagai Tok Grey
Kamal Bakar sebagai Tuan Syed Hamis
Scha Elinnea sebagai Nurul Jannah
Kayda sebagai Nadine
Nabil Aqil sebagai Nabil
Azhar Amir sebagai Nazri
Wan Nur Khaleda Azizi sebagai Nadine
Zuhair Azerin sebagai Dr Rian
Ali Reza Kavoossi sebagai Dr Herlan
Ruzanna Hazmi sebagai Hanum
Syaza Hussin sebagai Lulu
Syakirah Nurizzati sebagai Kak Ton
Farhami sebagai Ferhan

LAGU TEMA / OST
Luar Biasa - Ismail Izzani

SINOPSIS MR. GREY
Mengisahkan Mr.Grey (Malique Gregory Kamal) dan Nisa Ardina yang mengambil keputusan bernikah, tetapi melukakan hati dua insan, iaitu Datin Musalma yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan Ilham Arsyad yang sudah sekian lama menyayangi Nisa. Ketika Nisa mengecapi kebahagiaan, Grey meninggalkan isterinya untuk kembali kepada ibunya yang sedari awal tidak sukakan Nisa. Mungkinkah perpisahan ini membawa Ilham kembali kepada Nisa atau mungkin Grey menyedari kesilapannya dan kembali menuntut tempatnya dalam hati Nisa?


*aku baru jer terjebak dengan drama nie. mmg best la..aku buat marathon dekat tonton Online ajer . tengok semua episod sekaligus .bagi aku bestlah sebab Lawak mungkin kerana banyak penggunaan bahasa Utara, kena dengan jiwa aku yang sememangnya orang utara hihihi. walaupun jalan cerita yang biasa-biasa je kita dengar tapi bagi aku watak heroin it memang sesuai lah dengan dia. BTW aku pun perasan heroin ini dlu selalu berlakon time dia kanak-kanak dulu kan...kan...

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. Tak tertengok lagi citer ni... Nanti boring-boring nak tengok online la...

    ReplyDelete
  2. Drama ni tengah hot kan sekarang. Ramai yang puji best.

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^