Logo KBBA

SAPS IBU BAPA UNTUK SEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK-ANAK

May 15, 2017




SALAM..

HAI SELAMAT PETANG
sedikit perkongsian info berkaitan pendidikan anak-anak masa kini
mungkin tak semua ibu bapa mengetahui bahawa terdapat 
satu laman web bagi memudahkan ibubapa memantau keputusan peperiksaan anak-anak anda.



SAPS Ibu Bapa digunakan untuk memeriksa keputusan peperiksaan dan ujian bagi murid sekolah dari darjah 1 hingga ke tingkatan 5.  SAPS Ibu Bapa ini adalah sistem analisis keputusan peperiksaan sekolah yang diwujudkan oleh Kemnterian Pelajaran Malaysia. Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk memudahkan ibu bapa/penjaga menyemak keputusan ujian dan peperiksaan pelajar. Sistem ini boleh diakses dan boleh dibuka secara online asalkan ada internet. Jika anda gunakan website ini, lebih mudah untuk anda akses keputusan peperiksaan dengan cara yang tepat dan betul


SAPS adalah singkatan kepada sistem analisis pelajaran sekolah yang merupakan inisiatif  daripada Kementerian pelajaran Malaysia. 



Dengan adanya SAPS IbuBapa ini, ibu bapa akan dapat sentiasa memantau prestasi pelajaran dan kecemerlangan anak-anak secara berterusan dan semudah di hujung jari sahaja. Maklumlah sekarang zaman internet aku rasa masih ramai ibu bapa yang masih belum tahu cara atau belum reti untuk menggunakan sistem ini.

Di bawah ini adalah cara memeriksa keputusan peperiksaan atau ujian anak kita melalui sistem SAPS ibu bapa:Bagi memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak secara online

 sila klik di sini 


Hasil carian imej untuk keputusan peperiksaan 2017


DENGAN ITU, Anda digalakkan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak anda melalui laman web ini. Klik sahaja link tadi dan ikut arahan untuk menyemak keputusan peperiksaan anak melalui SAPS NKRA Ibu Bapa.

Apabila anda sudah boleh menyemak keputusan anak anda pada bila-bila masa di mana jua, sila teruskan memberi prihatin dan lebih ambil berat tentang pendidikan mereka. Jadikan kelebihan teknologi ini sebagai satu batu loncatan kepada kita mendidik anak-anak. InsyaAllah, tidak akan berlaku lagi perkara seperti anak sorok keputusan peperiksaan, anak tipu tandatangan buku rekod, anak tercicir dalam pelajaran dan pembelajaran dan lain-lain perkara tidak baik.

aku rasa sistem ni lebih memudahkan ibubapa untuk mendekati dan mngikuti tahap pembelajaran anak anda. mungkin dari keputusan yang kita tahu, kita sebagai ibu bapa akan dapat membantu di mana kelebihan atau kekurangan anak-anak dalam satu-satu subjek pembelajaran. Nak harapa anak bagitahu mungkin susuah, malu dengan ibu bapa atau sebgainya jadi di sini kita boleh cuba mencari penyelesaian di sebalik kelemahan anak-anak dalam subjek-subjek yang mereka tidak mendapat keputusan yang cemerlang.

untuk itu, JOM ibu bapa semak keputusan peperiksaan anak-anak anda

 KLIK  


UNTUK MENYEMAK KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK-ANAK ANDA.


psstt: ibubapa pencorak masa depan anak-anak..sila beri perhatian dalam pendidikan anak-anak

You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^