Logo KBBA

TRANSFORMASI BPP KE LPPSA : PINJAMAN PERUMAHAN AWAM

January 06, 2016

SALAM..

info bersama..
pagi tadi godek-godek en.google dapat la info nie..
actually, sebelum nie memang dah dengar khabar-khabar angin
BPP akan di mansuhkan..tapi saya sendiri tak pasti kesahihannya
ada juga yang forward-foward wassup..tentang bpp di tukar ke LPPSA

hari nie terbukti ye  BPP telah  di tukarkan ke LPPSA bermula 01 Januari 2016
sebuah badan berkanun di bawah kementerian kewangan
LPPSA ialah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam

LPPSA akan mengambil alih sepenuhnya fungsi pengurusan pinjaman perumahan 
daripada BPP dengan MENGEKALKAN kemudahan dan faedah 
pinjaman perumahan sedia ada kepada semua penjawat awam





SUMBER : SINI 

Transformasi BPP Ke LPPSA Mulai 1 Januari 2016 

1. Penjawat Awam boleh memohon pembiayaan perumahan melalui laman sesawang LPPSA (www.lppsa.gov.my).  

2. LPPSA telah melantik Panel Peguam bagi menguruskan dokumen pembiayaan. Namun, sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak, peminjam boleh memilih untuk menggunakan khidmat Panel Peguam yang telah dilantik LPPSA ataupun peguam yang bukan panel bagi urusan dokumentasi tersebut. 

 3. Penyerahan akhir dokumen pembiayaan:   Mulai 1/1/2016, semua dokumen pembiayaan baru akan digunakan atas nama LPPSA. Namun begitu, dokumen pembiayaan yang telah disediakan atas nama Bahagian Pinjaman Perumahan sebelum tarikh tersebut boleh digunakan dan hendaklah diserahkan kepada  LPPSA untuk diproses sebelum 31/1/2016. Semua pemohon tidak perlu memperbaharui dokumen pembiayaan sekiranya kesemua dokumen pembiayaan yang lengkap atas nama Bahagian Pinjaman Perumahan telah diserahkan sebelum 31/1/2016. Mulai 1/2/2016, hanya dokumen pembiayaan atas nama LPPSA akan diterima bagi semua permohonan baru. 

 4. LPPSA akan melantik Panel Insurans baru. Semua permohonan pinjaman akan menggunakan Panel Insurans LPPSA yang akan dimuat naik di laman sesawang LPPSA (www.lppsa.gov.my) mulai 1 Januari 2016. 

NOTA : semoga dengan penambahbaikan ini akan memudahkan urusan semua pihak



You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. Kenapa rasa macam akan ada yang x best.. huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. Yang tak bestnya ialah nanti kena berurusan dengan bank ... :) susah nak buat pinjaman lain nanti.

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^