Logo KBBA

BRIM 2016

November 16, 2015

SALAM..

selama pagi...
perkongsian maklumat pagi ini
semakan  & kemaskini BRIM 2016 
boleh di buat mulai Disember 2015

Borang Permohonan & Kemaskini BRIM 2016 boleh didapati mulai 1 Disember 2015. Pendaftaran hanya perlu dilakukan kepada yang bukan penerima BRIM pada tahun-tahun yang lepas. Sekiranya anda sudahpun merupakan seorang penerima BRIM, anda hanya perlu memastikan anda telah kemaskini maklumat. Kepada yang gagal dalam rayuan BRIM dan masih tidak mendapat apa-apa wang bantuan, sekiranya syarat baru BRIM 2016 mengizinkan, boleh teruskan dengan pendaftaran baharu.

Disyorkan pemohon baru tahun ini boleh menyediakan maklumat bank akaun untuk isian online. Pemohon yang memberi bank akaun akan dapat wang bantuan terus ke dalam akaun bank semasa tempoh pembayaran. Berbanding dengan yang menerima baucar, pembayaran untuk pemohon jenis akaun bank adalah lebih cepat dan selamat

sumber : sini 


brim 2016 online


Syarat kelayakan Isi rumah

Telah berkahwin
Merupakan seorang tunggal yang mempunyai tanggungan
Seorang janda atau duda yang mempunyai tanggungan ahli keluarga
Warga emas (seorang diri) yang berumur 60 tahun dan ke atas

Syarat kelayakan BRIM Bujang

Seorang yang belum berumahtangga, berumur 21 tahun ke atas
Gaji kasar tidak melebihi RM2,000 sebulan
Bukan murid/pelajar kepada mana-mana unit pengajian (Murid akan diberi Baucar Buku 1Malaysia – BB1M)

Jumlah bayaran BRIM

1. Bujang yang berumur 21 dan ke atas, berpendapatan tidak melebihi 2 ribu diberi RM400
2. Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 dibayar RM1000
3. Rumah tangga yang berpendapatan kurang dari RM3,000 ke RM4,000 dibayar RM650
4. Individu yang berada dalam senarai ekasih diber RM1050

Borang BRIM 2016 boleh didapati di tempat-tempat yang dinyatakan di bawah:

Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN)
Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri
Jabatan Pembangunan Persekutuan
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Jabatan Penerangan
Agensi-agensi kerajaan seperti wakil rakyat




nota: bagi yang cukup syarat jangan lupa untuk mengisi & mengemaskini yer...^_^

You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^