//]]>

SUPRISE BIRTHDAY 2019

November 28, 2019





SUPRISE BIRTHDAY KE-32 TAHUN

Alhamdulillah...makin bertambah usia aku di tahun ini ( Dah tua wehh! )
aku buat entry ini khas untuk mengingati & Nak abadikan kenangan
SUPRISE BIRTHDAY dr Mr. husband bulan lepas ( 28 Oktober 2019)
Tq abang..menceriakan hari-hari saya...
LOVE u More ^_^


KENAPA Aku kata Suprise??
Dia plan baik punya...memang tak nampak pun tanda-tanda
husband aku nak celebrate birthday aku
semakin bijak dan pandai dah en.husband aku ini rupanya hahaha 
Tak tergambar dengan kata-kata

so, aku nak simpan gambar di sini sebagai kenangan
di Usia aku yang ke 32 Tahun
sambut birthday "Candle Light Dinner" berempat dengan
My prince & princess ( Kaisara & Kaliff)
aaahhh...comel sangat..


Tapi siyesssly aku tak jangkakan pun
dengan muka pucat jer..tak make up apapun malam tu..
itu pun nasib baik sebelum keluar rumah Mr.husband suruh salin baju
aku kalau keluar sebelah malam sekadar makan-makan tepi warung atau gerai-gerai makan ini
muka memang togel je muka...
baju pun tshirst + jeans je ( kadang tracksuit pun aku pakai hahaha)
tapi malam tu memang selekeh sangat so aku pun p salin baju
sebab request dekat husband nak makan Pizza Hut heeee


Tapi kan bila sampai jer dekat jalan yang sepatutnya menuju ke Pizza Hut tu
Dia terus macam biasa jer.. aku pun macam dah pelik
Kenapa tak lalu jalan tadi? bila aku tanya dia jawab

"abang nak tukar kedai makan lah, kita makan Wastern Malam ni...boleh?
Dia bukan kaki wastern pun..dah bertambah pelik.. xpela layankan aje...

Lepas tu sampai je destinasi...masuk je dalam kedai itu macam biasa..
Dia tuju terus ke kaunter tanya something yang aku pun tak pasti dalam hati dah berkata-kata
kenapa tak nak duduk jer dekat meja depan tu macam kosong jer tak ada orang pun!
rupanya  dia dah "Booking Table" ( so sweet, meja dah siap berhias dengan belon dan sejambak bunga)... Kaisara dan kaliff tersenyum-senyum je..muka terkejut juga...
sebab diaorang berdua tak bersubahat sama nak suprisekan aku hahaha

Thank You so Much....

 

 


Terharu rasa...ingat setakat itu sahaja.. 
Tengah-tengah Oder makan ada lagi rupanya SUPRISE DELIVERY pula...
Dua orang Girls nie datang hantar Sejambak bunga Coklat, belon dan Kek. 
Memang betul-betul suprise. 

TERIMA KASIH MR.HUSBAND
  

(Kenangan Indah)
untuk aku dan my sweet baby 
Kaisara & kaliff


Korang Doakan aku dipanjangkan Umur dan bahagia ke Jannah dengan Mr.Husband aku ini ehh..


Thanks read here! 

You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

  1. 32 muda lagi yang...hehehe...tahun depan akak dah 42 dah...well no worries..age is only a number..Selamat hari lahir..semoga diberikan kesihatan dan kebahgiaan berpanjangan

    ReplyDelete
  2. Happy birthday sis.

    Semoga berbahagia hingga jannah. InshaAllah.

    ReplyDelete
  3. aloloo comel. happy belated birthday kak farah.

    take care!

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir. semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan berpanjangan oleh Allah Taala. aamiin ^_^

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^