//]]>

MASALAH HB RENDAH SEMASA MENGANDUNG

November 21, 2019

Alhamdulillah dah nak masuk 7 Bulan Pregnant for My 3rd baby 
Hai semua, Ketika Mengandung benda yang paling aku risau adalah masalah HB. Walaupun aku tak ada sejarah HB Low. Tapi kekadang aku terfikir juga cukup ke darah aku untuk bayi dalam kandungan aku nanti. Apa sahaja yang aku makan memang aku sentiasa harap sumber zat dan vitamin tu sampai dekat bayi dalam kandungan aku. 

Semasa hamil, tubuh akan menghasilkan lebih banyak sel darah merah untuk menyokong perkembangan bayi. Kekurangan Hemoglobin boleh menyebabkan tubuh kekurangan kandungan oksigen, sekaligus mendedahkan ibu hamil dan bayi kepada beberapa risiko.

Hemoglobin ini mempunyai fungsi yang amat penting kerana ia bertindak sebagai pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras Hb dalam sel darah merah kurang daripada 11gm/dl. Alhamdulillah setakat hari ini aku dah nak masuk 7 bulan HB masih melebihi 11gm. cumanya bila perut semakin besar nak bagi HB itu konsisten dan meningkat kena rajin sikit lah... selain makan vitamin & ubat yang Klinik bekalkan. Kena cari juga sumber makanan lain seperti sayuran yang KAYA ZAT BESI.

JOM aku kongsikan sedikit info Bahayanya HB Rendah ketika Mengandung, Jangan ambil ringan bab ini. Macam aku sendiri pun kena selalu juga cari info yang berkaitan HB dan cara-cara untuk meningkatkan paras HB semasa Mengandung.

8 BAHAYA HB RENDAH KEPADA IBU MENGANDUNG DAN BAYI

Berikut adalah antara risiko apabila seseorang mengalami kekurangan Hemoglobin dalam darah.

1. Letih & Lesu

Pertama sekali, anemia boleh membuatkan seseorang berasa letih, lesu, dan lemah. Anda akan sering terasa pening, sesak nafas, atau berasa sukar untuk fokus.

Ia berlaku akibat kekurangan oksigen dan nutrien yang amat diperlukan oleh badan. Wajah seseorang juga cenderung kelihatan pucat serta tidak bermaya.

2. Keguguran

Sekiranya anemia berada pada tahap yang serius, tubuh akan tidak berupaya lagi menanggung proses kehamilan, lalu menyebabkan keguguran janin yang dikandungkan.

3. Tumpah Darah Ketika Bersalin

Apabila bacaan Hb anda tidak menunjukkan kemajuan sehinggalah waktu bersalin, apa yang membimbangkan adalah ia berisiko menyebabkan tumpah darah.

Jika ini berlaku, kebarangkalian untuk seseorang memerlukan pemindahan darah (blood transfusion) akan meningkat demi menyelamatkan nyawa.

4. Tumbesaran Bayi Terbantut

Menurut laman kesihatan Web MD, bayi yang dikandungkan juga berisiko mengalami masalah tumbesaran serta keterlewatan perkembangan. Malah, bayi mungkin turut terdedah kepada risiko anemia.

5. Kelahiran Bayi Kurang Berat Badan (IUGR)

Selain itu, bahaya kurang Hb juga memberi kesan kepada kesihatan fizikal bayi, di mana sejak dalam kandungan lagi bayi tidak dapat membesar dengan normal.

Bayi IUGR (IntraUterine Growth Restriction) biasanya lahir dengan berat badan yang kurang daripada normal dan memerlukan perhatian khusus daripada pihak hospital. Kes sebegini juga boleh berpunca daripada kelahiran bayi pramatang oleh ibu yang mengalami anemia.

6. Bayi Meninggal Dalam Kandungan

Komplikasi-komplikasi akibat kekurangan Hb dalam darah boleh menjadi punca bayi meninggal dalam kandungan.

7. Postpartum Depression

Dalam sebuah jurnal kesihatan, kajian oleh Intercollege Physiology Program and the School of Nursing mendapati bahawa wanita yang memiliki bacaan Hb rendah selepas bersalin lebih berisiko mengalami masalah tekanan perasaan / meroyan / postpartum depression.

8. Kematian Ibu

Dalam kes yang paling teruk, anemia yang tidak dirawat boleh menjadi punca kematian ibu hamil.

sumber: sini 

next entry nanti aku akan sharekan , 
Cara untuk Meningkatkan HB semasa Mengandung. 


Thanks Read here:
#blogpermatabiru

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

  1. ibu mengandung mmg kena menitik beratkan segala penjagaan. anyway, congratulations kak farah for ur third pregnancy! take good care~

    ReplyDelete
  2. Dah lama tak kena HB low. Harap-harap takkan kena dah sampai bila-bila.

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^