//]]>

KAISARA DILANTIK MENJADI PENGAWAS SEKOLAH TAHUN DEPAN (2020)

November 29, 2019


Cuti persekolahan tahun 2019 baru sahaja berakhir minggu lepas. Minggu lepas juga segala persiapan & persedian untuk melangkah ke tahun hadapan (2020)  di aturkan oleh pihak sekolah seperti pemberian buku Teks, Kedudukan Kelas, Susun atur dalam bilik darjah. Kiranya tahun depan masuk jer sekolah terus boleh mula belajar. Baguskan sekarang! lebih sistematik...

Minggu lepas juga kaisara balik bagitahu aku, Cikgu lantik dia jadi Pengawas Sekolah. Wow! memula terkejut juga ingat dia melawak je. kira merawat juga lah kekecewaan dia sebab tahun ini kaisara tak dapat sertai Hari Anugerah, result tak memberangsangkan. Masuk je dalam kereta terus dia bagitahu, so aku pun macam tak percaya jadi bgtau kaisara baru Pencalonan kot kakak...Lepas tue baru dia bawa keluar borang dari beg sekolah dia...

Alhamdulillah , Tahniah kakak kaisara. Betul lah kaisara dah di Lantik menjadi Pengawas sekolah untuk tahun depan ( Darjah 3). Sekolah dia dah pun buat perjumapaan pertama pegawas sekolah untuk tahun 2020. Kaisara bagi tahu bermula tahun depan semua pelajar perempuan pengawas kena pakai uniform kemaja + skirt dah tak boleh pakai baju kurung Pengawas yang warna biru tu. Cikgu sekolah dah nak upgred katanya hehe. 

So, misi mencari baju sekolah kali ini dah bertukar kepada kemeja biru, skirt blue black, vest Pengawas, tie merah dan Blazer. Masih berkira-kira nak kena beli sepasang dulu ke beli siap2 dua pasang . Tahun ini bajet persekolah anak lebih sedikit sebab dua beradik dah masuk sekolah rendah. Kaliff naik tahun 1 di sekolah yang sama nanti, Insyallah....

Korang ada tips tak nak kongsikan, yang anak-anak pernah jadi pengawas sekolah :)



You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. Wah tahniah kaisara dilantik jadi pengawas tahun hadapan.

    ReplyDelete
  2. tahniah kaisara. semoga terus cemerlang

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tahniah untuk kaisara ^_^

    ReplyDelete
  4. tahniah kakak kaisara. husna tak pernah jd pengawas sekolah, pengawas pusat sumber je sekolah rendah dulu.

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^