Logo KBBA

KALIFF DAN BOLA SEPAK

July 10, 2019


Hai selamat petang,

Nak kongsi cerita minat kaliff dengan bola sepak. alhamdulillah 2 minggu lepas berakhirlah sudah perlawanan bola sepak antara Parlimen peringkat Negeri Perlis tadikA-tadika KEMAS sempena dengan Hari Potensi KEMAS peringkat negeri PERLIS. Kaliff antara salah sorang pelajar yang terpilih mewakili Team bola Parlimen Kangar. 



Tak sangka kali ini kaliff betul-betul tunjukkan minat dia dengan bola . Orang kata like Father like son  tapi masalahnya En.husband x minat pun bola weh! tah mana lah datang minat dia tu. hampir 2 bulan juga kami Traning pagi & petang. Hitam berpanas berhujan tu lumrahlah kan dalam traning. Satu pengalaman yang berharga untuk kaliff yang baru berusia 6 tahun. Hari-hari aku teman dia sebelah petang lepas balik kerja dengan baju kurung tunggu dia dekat padang dekat-dekat nak  magrib baru sampai rumah. Dia langsung tak tunjuk pun rasa letih atau penat bermain. Alhamdulillah berbaloi lah juga Team Kaliff menang Naib Johan keseluruhan.


Kaliff antara pemain paling kecik sekali tapi dia yang paling lincah hahaha. Mungkin sebab kecik senang nak mencelah curi bola. Seronok tengok telatah bebudak bermain. Untuk kaliff semoga ada lagi rezeki bermain Bola Sepak di masa akan datang. Mama dan Papa sokong aje minat adik tau . Kalau bukan sekarang nanti dah naik sekolah rendah @ menengah boleh wakil sekolah pula kan. Nampak lah juga bakat dia bermain tu...mungkin sebab  minat dengan bola sepak dari kecik.







Now setiap petang dia ajak kakak kaisara teman main bola depan rumah. Nasib baik kakak layankan aje dia hehehe

You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. Gud luck adik. . Insyallah satu hari nnt bole jadi pemain bola sepak terkenal ka..

    ReplyDelete
  2. Tahniah Kaliff dapat naib johan. Berbaloi training petang-petang ye.

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^