//]]>

OOTD RAYA 2019

June 17, 2019

SHRMZB💗💗💖

Dalam aku bersedih dengan kisah Duka 1 syawal itu. aku nak simpan juga sedikit kenangan manis raya 2019 di sini. Mana tau ke depan-depan senang aku nak imbau balik hehehe

Sebelum kejadian malam itu, kami sempat lah ber #ootd raya bersama-sama keluarga. Aku sempat juga Follow ayah aku berhari raya di kampung Arwah mak aku. Masa Arwah mak aku ada dahulu kami memang rapat dengan Mak-Mak Saudara sebelah arwah mak aku. Hubungan yang baik itu kena lah di jaga kan. Tahun ini dah masuk tahun ke 10 arwah mak aku pergi meninggalkan kami sekeluarga. sedihnya... tak ada orang nak sediakan Ketupat & Rendang😔 ... Masak sendiri tak sama macam masakan MAK 😫

Terima Kasih juga nak ucapkan dekat kakak-kakak ipar dan kawan2 aku yang sempat singgah dekat rumah aku. Raya pertama hari itu aku sempat juga buat Menu Nasi Tomato + Ayam Masak Merah + Acar Nenas, Raya kedua menu Koewteow Tomyam ( aku masak-masak je..sebab sibuk ke balai buat report) kakak aku bgtau ada tetamu datang diaorg hidangkan hehehe (elak pembaziran) . Raya ke tiga aku masak Nasi impit Kuah kacang + Menu Makan Malam waktu ini kak ipar aku datang beraya. Last Raya ke empat aku Masak Bihun Goreng + Mee Goreng. Aku memang suka memasak. kalau sudi jemputlah datang ke rumah time hari raya insyallah adalah menu masakan ringkas dari aku . Meraikan tetamu yang datang.

Open house? UNTUK RUMAH AKU kalau time raya nie tak perlu tunggu open house rumah aku memang sentiasa terbuka jer nak terima kedatangan tetamu. Kalau sudi datang jer..Insyallah ada rezeki bertemulah kita kan.

 OOTD RAYA 2019





WITH MY Ayah, Makcik Nora & Adam ( adik )
( diaorang bertiga nie beza setahun sorang jer Kaisara , kaliff & Adam)
inilah #gengbassekolah yang kian membesar hahaha







Tak cukup korum sebenarnya. ada lagi 3 Family tak balik lagi time ini . Insyallah RAYA akan datang kami akan berhimpun balik. Tahun nie turn raya rumah Mentua masing-masing haha. Lepas raya pertama baru berjumpa. apa-apa pun Semoga SYAWAL yang tiba akan mengeratkan Hubungan Sillaturahim sesama kita.




You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^