//]]>

KISAH DUKA 1 SYAWAL 2019

June 11, 2019



Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Di kesempatan ini aku nak mohon 10 jari mohon ampun dan maaf andai ada yang terasa hati dengan kata-kata atau komen aku yang kurang menyenangkan hati korang selama kita berkenalan di alam maya mahupun rakan terdekat.

Sekejap sahaja Ramadan berlalu meninggalkan kita. Syawal kali ini aku di uji dengan EXCIDENT yang sangat mengejutkan aku. First time sebenarnya aku lalui. Terkejut dengan kejadian yang berlaku raya ke dua tu aku memang merap je dalam rumah termenung. Tapi aku tak lupa untuk ucap Alhamdulillah Allah Lindungi kami sekeluarga. Tiada luka atau kesakitan. Melainkan keadaan kereta yang agak remuk bahagian belakang sebelah kiri 😣.



Nak imbas balik semasa kejadian tu berlaku sungguh tak sangka dalam berhati-hati dok peringat diri jangan leka masa drive tu. Allah adalah sebaik Aturannya. Pasti ada hikmahkan. Masa kejadian tu kami sekeluarga aku, husband dan 2 orang anak kami dalam perjalanan pulang dari rumah mentua di Alor Setar. Balik berhari raya.Memang DAh jadi kebiasaan kmi berulang alik lewat malam. Kali ini nasib tak berapa baik. Tetiba kereta Dr arah belakang yang melanggar kami. Masa kejadian tu aku memang ingat kami yang terlanggar orang depan. Dentuman kuat tu rupanya dari belakang .Anak-anak aku yang tidur dekat belakang terjatuh kebawah seat😣. Nasib baik xdak kecederaan. Masa tu kami berhenti di lampu isyarat merah. Kereta memang masih banyak waktu tu. Maklumlah raya pertama kan. Nasib baik juga lah masa di langgar dari blkng tu kami terus tarik handbreak. Klu tidak risau juga terkena kereta depan😌. Allah lindungi lagi alhamdulillah. Kerosakan di bahagian belakang sebelah kiri jer. Tayar pun pecah sebiji... Kata orang yang melanggar kami itu dia terlelap. Letih beraya. Semua dalam kenderaan dia pun tengah tidur. 

                           


Now kereta aku Dah masuk workshop dalam proses claim insuran kereta yang melanggar kami. Memula dia bersetuju untuk bayar kos baiki bila bawa ke bengkel dan nilai katanya tak mampu pula😂. Terus kami ke balai buat report dan proceed dengan claim insurans kenderaan dia. Korang doakan urusan ini di permudahkan dan di percepatkan. Aku dah lah bekerja hari-hari guna kereta tu. Nak hantar ambik anak lagi. Now kereta dh dalam bengkel entah bila lah boleh siap. Harap2 cepatlah siap...😅

You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

  1. Moga dipermudahkan urusannya..
    Ada hikmah disebaliknya mungkin...bersangka baik dan bersabar ya..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^