//]]>

PENGALAMAN KALI PERTAMA MENGUNDI

May 11, 2018



HAI KORANG,

Alhamdulillah 9 mei 2018 negara kita Malaysia dah selamat menjalankan proses pengundian. Taniah untuk semua yang telah keluar menunaikan tanggungjawab pada negara. Siapa pun pilihan anda kita adalah warganegara Malaysia. Cewahhh kemain lagi ehh



Aku sebenarnya nak kongsikan Pengalaman Pertama Kali Mengundi. kalau ikutkan Umur aku patutnya dah masuk kali ke dua mengundi Tapi di sebabkan pada #pru13 yang lalu aku tak dapat tunaikan tanggungjawab itu so, #pru14 inilah pengalaman  pertama untuk aku. 

Seronok ke? Aisshhh susah juga nak gambarkan perasaan itu haha. Tapi rasa macam satu kepuasan lah bila kita ada hak untuk memilih siapa pemimpin yang kita suka dan nak menerajui kemajuan negara kita dan membawa kita ke arah yang maju dan membangun selain tidak di tindas dan di perbodohkan hihihi



Aku sebenarnya teruja la juga dah nama pun first time. AKU servey- servey la juga tips-tips yang aku perlu buat dan tahu semasa nak mengundi tu. Fuhh ramai juga yang suggest keluar mengundi sebelah petang...so aku decide nak mengundi pada jam 3 petang lah!

YESS! jam 3 ptg mmg tak ada orang dah sangat dekat saluran aku tu.aku kena saluran 3. Depan Aku tu ada 3 orang je. Memula nebes juga macam nak ambik peperiksaan .eh! Macam mana nak tanda nie. En.husband dah pesan siap2.."mama jaga kertas undi tu jgn bagi rosak", "mama tak boleh ada sebarang tanda dekat kertas tu tau", "Mama nanti nak pangkah tu gunakan IC sebagai pembaris" . MACAM-MACAM LAKK dia pesan, lagi aku nebesss hahaha.

MEMULA daftar nama dekat kaunter SPR aku cuak juga. budak yang daftar tu kenal aku tapi sorry aku tak kenal pula siapa dia huhu😅 sembang2 je la...Siap tanya kenapa mai mengundi di sini. Ayah aku kan kawasan lain. Wehh aku sempat tukar alamat ic je tak sempat nak tukar lokasi mengundi yolahh aku kan baru setahun dekat perlis nie 😅 alamat lama hantar ke situ pula. PASTU pergi ke kaunter sebelah nak tick nama sekali budak laki tu cakap " ehh nama akak dah datang mengundi la" aku senyum jer sambil tunjuk jari. Dalam hati cakap tgk IC dan NAMA bagi betul..."opss sorry silap tengok" katanya 😑. Aduii macam-macam nasib hakak tak naik angin dah la first time.

Alhamdulillah Allah izinkan tepat jam 3 petang aku sampai ke lokasi pengundian. DAH SELAMAT MENGUNDI...Hehehe. SETTLE!


Walaupun ada la juga sedikit dugaan untuk aku sekeluarga masa sebelah pagi tu. nanti aku ceritakan dekat lain entry. Untuk pengetahuan korang time pengundian tu aku check in 4 lokasi sebenarnya. SELAIN mengikut en.husband aku yang mengundi di Negeri Kelahirannya KEDAH. EN.HUSBAND juga nak bawa orang tuanya sekali pergi mengundi kiranya mak dan ayah mentua aku la. Terkejar-kejar la juga pagi tu sbb mak & ayah mentua aku tu mengundi di dua lokasi yang berbeza, jauh boleh tahan juga sejam perjalanan 😂.Dah la terlajak pula tu terpaksa berpatah balik sebab dah lama tak pergi huhu. TAPI di permudahkan sbb bawa warga emaskan boleh terus masuk ke lokasi pengundian dan terus mengundi kirannya kejap je la di SALURAN 1 .

LETIH? ada la sikit2 balik tu terus pengsan dari pukul 7.30 pagi sampai kul 4 ptg baru selesai urusan mengundi hahaha. BTW Tahniah untuk TUN M yang telah di lantik menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 7. SEMOGA JASA-JASAMUDAPAT MEMBANTU MEMBANGUNKAN LAGI MALAYSIA.

" Sesungguhnya setiap yang berlaku adalah ketetapan dari yang Maha ESA Dengan IzinNY "

You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. 5 tahun sekali baru dapat merasa pengalaman ini. ada juga yang menjana pendapatan, ada yang berpenanatan, ada yang suka dan duka

    ReplyDelete
  2. Tahniah, dah melaksanakan salah satu tanggungjawab kepada negara ! 😀

    ReplyDelete
  3. Pengalaman tahun ni lain kan..

    https://www.lyndachelah.com/2018/05/pru-14-malaysia-memilih-dan-rakyat.html

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^