//]]>

CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES

April 17, 2018

KERIANGAN TANPA HENTI DENGAN CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES
~KELEMBAPAN TERBAIK UNTUK RASA SEGAR DAN BERSIH SEPANJANG WAKTU~


Hadiah dari mama untuk Kaliff

Permulaan yang baik ke arah kehidupan yang sihat dan bersih bermula dengan memupuk amalan kebersihan sejak kecil. Amalan yang baik adalah dengan memastikan tangan sentiasa bersih sepanjang masa namun akan ada keadaan dimana air dan sabun tangan sukar diperolehi. Apakah yang akan anda lakukan bila berhadapan situasi seperti ini? Pada saat ini, tisu basah amat berguna untuk ibu bapa dan kanak-kanak.


Memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes
Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasar
an selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta.

Sesuai untuk kanak-kanak
Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman.
   


Cheeky Cherry & Smoothie Berries
Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semulajadi yang kaya dengan vitamin dan nutrien membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alcohol, bebas paraben, bebas formaldehida dan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit.


Dapatkan Segera Di Pasaran!
Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70 (Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dan dijual pada harga RM9.00 (Semenanjung) / RM9.50 (Sabah & Sarawak).


*Harga termasuk GST.
#carrierjuniorfuntimewipes


*Best guna Funtime wipe dari carrier Junior nie. Aku mmg suggest la untuk ibu-ibu kat luar sana yang tak tahu nak cari jenama Wipe apa yang sesuai untuk anak anda. Belilah Funtime Wipe dari Carrier Junior ini. Senang di bawa ke mana-mana, Masukkan dalam Handbeg, simpan dalam kereta atau bagi pada anak2 untuk di bawa ke sekolah pun boleh.

ok.bye! thanks Reading here :)

You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

  1. bestnya dah ada wipes! Convenient untuk para ibu :D

    ReplyDelete
  2. wipes mmng perlu standby kalau ade anak-anak kecik. biasanya selalu tgk org lap kerusi baby masa kat kedai makan

    ReplyDelete
  3. Terbaik carrie junior ni, produk diyakini sejak dulu kala...

    ReplyDelete
  4. Dari zaman kecik lagi produk carrie ni kan, wipes ni bukan orang tua dah pakai , anak2 pon nak pakai gak hiii

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^