//]]>

SINOPSIS DRAMA LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

January 24, 2018


JUDUL : LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
JUMLAH EPISOD : 32 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Januari 2018
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN TV : Astro Ria 104 & Ria HD 132
PENULIS NOVEL : Siti Rosmizah
PENGARAH : Along Kamaludin
TERBITAN : SR One Sdn Bhd
PELAKON : Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Nur Qistina Raisah

WATAK PELAKON 
Farid Kamil sebagai Tengku Ryan Ameer
Nelydia Senrose sebagai Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab sebagai Tengku Natasha
Azri Iskandar sebagai Tengku Hisham
Liza Abdullah sebagai Tengku Azreena
Adriana Adnan sebagai Farhana
Farez Ridzwan sebagai Azrul

Imam Shah sebagai Shafiq


SINOPSIS :

Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka.

Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua. Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya. Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini.

Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah

APA KATA AKU :

SEBABKAN  ramai yang kata drama nie best makanya aku pun dah terjebak sekali. Now nak marathon tonton drama nie nanti . Tengok dekat online jer... sekarang dah masuk Episod ke 6. Nampak macam best. aku suka lakonan Heroin Drama nie Nelydia. Tak sabar nak tengok episod seterusnya hehe. nah aku sharekan link tonton online Drama Lafazkan Kalimah Cintamu KLIK SINI 

You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

  1. Wah, rasa macam nak tengok je, tapi masih mampu tahan tak layan drama sejak awal tahun. Hehe...

    ReplyDelete
  2. 1st episod lagi dh tersuka pulak #teampakcik hehehe

    ReplyDelete
  3. takde astro la kat umah... kalau tak bole tengok nely..

    ReplyDelete
  4. CT follow sket2 ja time kt kampung ritu sbb rumah xde tv.. tak tngk online sbb tngk drama korea. tapi okayla not bad citernya ^^

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^