//]]>

TANAM POKOK BOLA EMAS DAN JELITI

November 08, 2017



Nak sambung lagi cerita hobi aku
Ahh dah lama rupanya aku tak update
Entry lalu pasal hobi aku 2017 nie bole baca

sini
sini

So kali nie ak nak share lagi dengan korang pasal
Tanam-tanam pokok ni
walaupun aku tak de la expert sangat pasal pokok-pokok nie..
tapi kan USAHA TANGGA KEJAYAAN hahaha

Jadi aku teruskan juga niat untuk menanam pokok
sekadar memenuhi masa hujung minggu aku
bila duduk di rumah tak ada nak buat apa-apa hehehe

Masa cuti Depavali baru-baru nie..aku dengan en.husband round-round ke nursery pokok
niat nak mencari tanah jer..tapi sekali jumpa
pokok yang aku dah lama idam-idam kan..hahaha
Idaman la sangat 😂

haaa..terjumpa dan terbeli 2 pokok hiasan yang baru
yeahhh...puas hati sebab memang dah lama cari pun pokok nie

Risik-risik dengan akak yang jual pokok tu
katanya orang sekarang memang suka pokok ni...
siap bagi tips dan cara-cara nak jaga lagi...


  


inilah pokok yang aku dah siap salin ke dalam pasu.
nama pokok nie BOLA EMAS & JELITI KAWEN
akhirnya dapat juga aku cari partner dekat pokok pine aku tu...tak de la dia kesorangan di situ lagi hehe

SELAIN pokok-pokok hiasan nie, pokok-pokok bunga aku pun alhamdulilah masih hidup dan berkembang..yang paling aku suka ofcoz la bunga ROSE JEPUN....aku dah ada 4 colour rose jepun nie..untuk next misi aku nak cari rose jepun warna-warna lain pula...

ohh ya sebeluma aku terlupa pasal niat awal  aku nak buat mini garden tu...ada la sedikit perubahan sikit je la aku dah siap touch up cat dekat rak pasu bunga   rak gantung bunga dan en.hubby siapkan satu kerusi comel untuk rehat-rehat..hasil DIY je u'oulss..JIMAT ! Guna je barang apa yang ada dekat rumah nie hehe











Ok.sekian nextt...nextt...

You Might Also Like

1 pesanan ditinggalkan

  1. Salah satu terapi jgk..
    Mdamaikan mata bila ada hijau2 kt laman rmh..

    Ada jgk tanam pokok.. Tp smua mati sbb x ckp belaian mgkin.. Haha

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^