//]]>

RESEPI TAUHU BEGEDIL VIRAL

September 14, 2018

RESEPI TAUHU BERGEDIL VIRAL 😋

Hai korang entry terperam dah lama nak share tapi masa sangat mencemburui hihi
Resepi mudah Tauhu Bergedil tapi kali ini aku buat kelainan sikit kita guna Crab (isi ketam gantikan ayam/daging. Rasa?? ofcozz la sedap..letak lebih-lebih hehe

Bahan-Bahan:
1. Kentang 5-6 biji
2. crab (isi ketam) 200 gram
3. Tauhu
4. Daun sup*
5. Bawang goreng*
6. Garam*
7. Lada hitam*
8. Serbuk perasa*
9. Bawang


Cara-Cara: 
1. Kupas kentang dan potong 4




2. Rebus kentang sampai empuk/Nak goreng pun boleh
3. Sementara tu potong dadu sedikit bawang . Untuk tumis bersama ayam kisar.


4. Tumis bawang dengan sedikit minyak. Masukkan isi ketam. Masak sehingga kering/garing sedikit tambahankan sedikit perasa/garam.
5. Bila kentang dah empuk, angkat dan toskan. Lenyekkan kentang masa kentang tu masih panas. (aku guna chopper tefal macam dalam pic di bawah senang)
6. Masukkan isi ketam yang dah siap masak.


7. Campurkan bersama bahan2 bertanda *. Bahan2 ni main agak2 je. Ikut taste masing2😁
8. Gaul rata semua bahan. Lepas tu rasa. Kot la terkurang garam ke. Kurang rasa ke. 😅
10. Akhir sekali Sumbat inti dalam tauhu cantik2😂
**aku guna tauhu biasa yang empat segi tu..goreng sedikit kemudian potong Empat.Isi dalam tauhu aku korek dan masukkan sekali ke dalam bahan inti tadi (tak nak masuk sekali pun xpe)


CELUPAN: 
1. 2 biji telur
2. Garam sikit

*Pukul telur bersama garam. Celupkan tauhu yang dah siap disumbat dan goreng dalam minyak panas.

Bahan-Bahan sos:
1. 2-3 ulas bawang putih/bawang besar
2. Cili Api Hijau+Merah ( nak pedas letak banyak )
3.Kicap
4.cuka (sedikit je)
5.Gula/garam

Cara penyediaan sos:
1. Tumbuk/Kisar semua bahan-bahannya
4. Masukkan garam/Kicap/gula secukup rasa.

Ok! Siapp :)
Selamat mencuba

Tauhu begedil nie memang sedap kalau di makan bersama Sos Kicap...

Lagi pedas lagi sedap wehh! hehe...Cuba tau!

You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. sedap ni, ganti dengan crab lagi sedap tu...

    ReplyDelete
  2. senang jugak eh, nak buat sendiri la!

    ReplyDelete
  3. Tgk mcm senang... Tapi malas nk buat.. Order ja senang.. Hihi

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^