//]]>

DUIT RAYA UNTUK KANAK-KANAK

June 27, 2018

selamat pagi

BILA sebut hari raya bagi anak-anak semestinya duit raya ada dalam kiraan mereka. Tipu lah kalau kata budak-budak tak suka kumpul duit kan.. baik yang kecik mahupun dah besar.. Macam anak aku Kaisara dah tahun satu 7 tahun dah pandai mengira makanya duit raya dia aku benarkan dia simpan , kira dan pegang sendiri..tapi untuk adiknya kaliff yang tak berapa nak kenal angka haha..duit rayanya aku yang simpan hehe

REZEKI ANAK-ANAK

Pada aku duit raya adalah rezeki untuk mereka..kalau masa kecik-kecik dulu tak tahu lagi nak buat apa dengan duit raya anak-anak aku memang akan simpan dalam TABUNG HAJI. nanti aku buat entry cara buka akaun tabung haji untuk anak-anak. Sesetangah mak ayah tak kisah di kumpulkan sekali jer duit raya anak-anak bilang dan bahagikan sama banyak..tapi macam aku memang simpan asing-asing..yang kakak dan adik aku tak nak campur..sebab kakanya dah bijik dah tahu hak dia..so, kekadang adalah kakak punya lebih dari adik punya hahaha.

Bila dah besar nie adalah yang diaorang minta nak beli guna duit raya mereka itu. so, kami suami isteri memang akan gunakan sepenuhnya untuk mereka. Lain orang lain pendapat macam aku yer..memang aku akan gunakan sepenuhnya duit raya mereka untuk diri mereka... tak delah istilah makayah guna duit anak-anak untuk kepentingan sendiri. Aku nampak jer post bebudak bujang yang perli ke main lagi ehh dalam Media sosial sekarang... "hai mak cik beli nasi guna duit seringgit-seringgit duit raya anak-anak ke? amboiii bahasa ke main ehh... tak baik tau fikir macam tu. Lebih Baik Husnozon...( siapa tahu dia tukarkan duit dengan anak-anak dia or anak sedara bagi sekeping besar terus ke apa ke kan ) bila kita tak lalui apa yang mereka lalui leboh baik berdiam diri dari berkata benda yang belum tentu betulnya.

SEDEKAH DUIT RAYA SEIKHLAS HATI

Sempena Hari raya nie memang ramailah kan yang beratur bersusun-susun nak tukar duit sebab nak bagi duit raya dekat budak-budak. Alhamdulillah rezeki di kongsi bersama...sikit pun tak pe janji Niat korang untuk memberi itu. Macam kami setiap tahun insyallah ada jer rezeki untuk kanak-kanak terutamanya  sedara mara lah..macam mana tengok anak-anak aku happy dapat duit raya, macam itu jugalah budak-budak lain happy dapat duit dari kita  iyee tak??

aku kongsi sedikit cerita, baru-baru ini masa balik kampung mr.hubby kitaorang nampak ada sekumpulan budak-budak tengah berjalan dalam kampung ( 3-4 orang )..barangkali mencari rumah untuk beraya..suasana kampung meriah kalau budak-budak datang beraya walaupun tak kenal. mr.hubby berhentikan kereta dekat tengah jalan sambil lambai-lambai dekat budak-budak tu (waktu tu tak ada pun kereta dekat belakang) pastu mr.hubby suh ambilkan sampul dalam dashboard dan bagi pada budak-budak itu. Siapa tahu rezeki mereka masa itu. tak datang beraya ke rumah pun boleh dapat duit raya. Mr. hubby ikhlas memberi . Dia kata dlu masa dia kecik-kecik selalu juga orang bagi duit raya mcm nie.. apa yang penting niat kita :) seronok mereka ...berlalu sambil ucap terima kasih...selamat hari raya ^_^

SIMPAN ATAU BELANJA DUIT RAYA ANAK-ANAK?

Pada aku terpulang pada mak ayah masing-masing la..setiap orang ada perancangannya tersendiri. Kalau berlebihan baiklah menabung kan aje untuk anak-anak.Orang kata "sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit" . Bukalah akaun simpanan untuk anak-anak. nanti bila dah besar boleh bagitahu dioarang " inilah duit raya korang masa kecik-kecik dulu" hihi..Nak simpan bank mana? Macam aku selesa aje simpan dalam Tabung Haji :)

ok sekian.






You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. kasi je banyak mana mampu. insyallah ada pahala dengan keikhlasan itu =)

    ReplyDelete
  2. Teringat zaman kecik2 dulu...
    Jalan ramai2 p beraya kutip duit raya... Seronoknya zaman kecik2

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^