//]]>

CERITA 1 SYAWAL KAMI : 2018

June 24, 2018

HAI SEMUA...

Foto Farah Wahida.


Dah seminggu berlalu..... Hari ini syawal ke-10...ada lagi ke yang masih bercuti?Amboiii banyaknya cuti korang ehh..hahaha. Raya tahun ini aku ambik cuti tambahan 2 hari sahaja. sehari sebelum raya dan sehari selepas office di buka semula ( isnin ). itu pun mood masih berhari raya lah..sebab ramai lagi yang belum masuk bertugas time tu hahaha

RAYA DEKAT MANA?
okay aku apply cuti 2 hari sahaja sebab raya kali ini aku tak ke mana-mana pun. cuma behari raya pertama di rumah family aku dekat #perlis dan raya ke dua balik rumah mentua dekat #kedah. ahhh dekat-dekat aje...mood balik kampung hadap jem tu tak lah terukk sangat hihi... aku pun pernah ada pengalaman pulang ke kampung time raya hadap jem 7-8 jam itu kisah 2 tahun lalu masa masih di rantauan. Alhamdulillah kenangan yang boleh di ingati. mood balik kampung time itu memang happy giler..jem pun jem lah !gituuu

MERIAHNYA RAYA

Imej mungkin mengandungi: 15 orang, termasuk Nazri Che Mat Din, Schucott Jaafar, Khairul Izham, Fariza Putra, Farah Wahida, Fatin Hazwany Putra dan Farradiela Putra, orang senyum, orang berdiri
Foto Farah Wahida.

yer meriahnya raya bila dapat kumpul ramai-ramai. macam aku tahun nie raya turn sebelah aku dahulu. memang awal-awal dah plan pakai baju sama colour...than decided tahun nie pakai sedondon "BLUE BLACK" pastu tudung match & matching masing-masing gituww bagi ada tone tak delah nampak macam kumpulan nasyid haha... Alhamdulillah dipermudahkan semua perancangan walaupun last minute my father tak dapat berhari raya bersama-sama...tapi kami 5 beradik decide untuk continue aje plan asal :).. Malam raya kumpul ramai-ramai geng mak-mak bincang bab kosmetik, pakat buka beg make up sorang satu hahaha...geng pak-pak dok bersembang bab bola dekat dangau di luar rumah.. (meriahkan) layankan juga anak-anak buah aku main bunga api ^_^

MENU RAYA PERTAMA

Foto Farah Wahida.

kami adik beradik kalau berkumpul benda pertama yang masuk dalam perbincangna semestinya Menu makanan haha.. #gengkuatmakan ada sahaja benda yang nak di buat bersama-sama dekat dapur tu..so, tahun nie proceed menu NASI TOMATO + AYAM MASAK MERAH + ACAR TIMUN.... gambar macam tak ada aje..tak sempat nak snap.. we'oulss ramai litang pukang juga rumah pagi raya tu macam ribut taufan haha...mana yang nak makann, nak bersiap, nak siapkan makanan yang menangis-menangis manja semua adooo..Aku redha aje..setahun sekali ramai-ramai berkumpul memang best..

so last dapat la snap beberapa keping gambar kenangan Raya 2018. next time maybe boleh plan lagi lain color pula..kebetulan pula ramai betul yang update baju raya BlueBlack, Navy blue & dark Blue..nampak sama jer tiga -tiga colour nie..tu yang ramai pakai gamaknya hahaha

BTW kami sempat juga celebrate hari raya makan & bakar-bakar  satey di malam hari..nanti lah kalau rajin aku kongsi cerita lagi. inilah kisah raya aku tahun ini. selamat hari raya untuk semua..semoga lebaran dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita lebih-lebih lagi adik-beradik..kalau semua sekepala insyallah dapat la berkumpul sesama selalu :)

aku kongsikan sebahagian gambar raya kami tahun ini :)
next lagi 2 tahun nak sedondon lagi warna apa pilihan kami? tungguu......hihihi
next year semua beraya rumah mentua..so takleh sedondon haha

Foto Farah Wahida.


Foto Farah Wahida.

Foto Farah Wahida.

Foto Farah Wahida.

Foto Farah Wahida.


SELAMAT HARI RAYA SEMUA ...

K. BYE!

You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

  1. waa..meriah nya semua..comel2 nya budak-budak tgkap gambar..pakai sedondon 1 family memang best kan

    ReplyDelete
  2. Sana sini kisah raya dahh,, selamat hari raya

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya!sedapnya nasi tomato!!

    ReplyDelete
  4. waaaaau semua sedondon woooow.. selalu ikut family kan ni terbaik =D

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^