//]]>

KAISARA TAHUN 1 : KELAS TRANSIT

February 07, 2018

selamat pagi

kesinambungan dari kisah kaisara tahun satu. kali ini aku nak share dengan korang pula. Pasal kelas Transit Kaisara

aku nak share la juga untuk korang buat rujukan, bila anak orang masuk tahun 1 nanti.  Ke mana tempat terbaik yang korang nak hantar anak korang itu nanti. Aku tak katalah duduk dekat rumah itu tak sesuai. Ini dari pengalaman aku bila kami suami isteri bekerja. Takkan nak biarkan anak yang baru nak kenal alam persekolahan duduk sorang-sorang dekat rumah pula kan.

Macam aku pula ini pengalaman pertama anak aku masuk ke sekolah rendah, pembahagian masa aku untuk kaisara agak terhad juga sebab aku pun bekerja, balik pun dah lewat petang. Nak dipendekkan cerita aku hantar kaisara ke kelas Transit PASTI. 

APA ITU KELAS TRANSIT ?

KELAS Transit adalah untuk kanak-kanak di mana ibu bapanya bekerja sepenuh masa. Perkhidmatan Transit Disediakan Untuk Kemudahan Kanak‐Kanak Sekolah Rendah Yang Memerlukan Tempat Persinggahan Untuk Mandi, Makan Tengahari Dan Membuat Persediaan Ke Sekolah (Sekolah Kebangsaan/Sekolah Agama)atau transit di Musim Cuti Sekolah.

Sebenarnya banyak je TADIKA swasta dan PASTI yang menawarkan kelas transit terutamanya anak-anak yang bersekolah di sekolah rendah. Yang memerlukan penjagaan selepas waktu persekolahan.


KENAPA AKU PILIH 'PASTI' ?

OKAY , sebelum masuknya tahun 2018 aku sememangnya dah servey banyak sekolah dan tadika transit untuk kaisara. aku memang ambil kira banyak juga faktor sebelum aku & mr.husband pilih untuk hantar kaisara ke kelas transit dekat PASTI. Macam mana cara aku servey? aku pergi ke setiap tadika, nursery yang ada tawarkan kelas transit, jumpa bersembang dan tanya cikgu-cikgu apa yang diaorang akan bagi kalau anak aku masuk transit dekat sana nanti. prkhidmatan yang bagaimana, makan minum dan mandi macam mana? memang aku tanya. aku tengok juga persekitaran sekolah itu dan siapa cikgunya ( macam cerewet je kan hahahaha ) aku sebenarnya simple je cuma kadang-kadang bab anak nie memang aku sensitip juga. kalau boleh nak kan yang terbaik untuk anak-anak.

selepas ambik kira semua faktor lastly aku decided PASTI sebab aku nak kaisara belajar MENGAJI terus dekat kelas transit itu. maknanya aku tak perlu ambik masa rehat dia waktu malam untuk hantar lagi dia ke kelas mengaji. Jadi aku pasti akan ada masa dengan dia waktu malam. selain hujung minggu.

Alhamdulillah dah sebulan kaisara dekat kelas transit pasti itu. dia suka dan seronok. ada kawan-kawan, ada ustazah yang ajar mengaji, ada masa lepas mandi, makan dan mengaji dia akan tido kalau keletihan sangat-sangat dan sebelum balik ustazah akan sediakan sedikit minum petang dan yang paling dia suka sekolah dia ada aircond ( ini memang lawak , kaisara memang suka duduk dalam aircond dia tak suka panas-panas, kalau terpaksa redha la juga dia tu haha )

Now dah sebulan belajar mengaji dah nak abis pun IQRA 1. balik rumah dah mula dok ajar adik dia mengaji. oh yaa..satu lagi, time balik sekolah aku yang uruskan menghantar kaisara ke kelas transit tersebut. sebenarnya kelas itu pun dekat je dengan sekolah dan tempat kerja aku. aku cuma perlu lari sekejap time rehat aku pukul 1.10 ambik kaisara dekat sekolah dan hantar dia ke kelas transit :) 
( mudah kan )

pssstt aku sbenarnya dah pernah cuba hantar kaisara transit kelas mengaji sepanjang cuti sekolah bulan 12 yang lalu. sebab itu aku rasa kaisara memang serasi je masuk transit di situ..apa-apa pun sebagai parents buatlah pilihan sekolah transit yang terbaik untuk anak-anak kita ^_^ ( sekadar berkongsi pengalaman ) 

You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

  1. Kalau diikutkan JKM ada wujudkan Pusat Aktiviti Kanak-Kanak lebih kurang macam transit ni tapi percuma. Dorang boleh la lepak main, buat homework kat situ tapi tak banyak dalam perlis rasanya tiga je, kuala perlis, beseri dan pauh jer.

    ReplyDelete
  2. Sudah besar ya, cepat sahaja dah tahun satu. Pejam celik saja..

    ReplyDelete
  3. saya pun macam nak pilih PASTI untuk anak

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^