//]]>

RESEPI ALMOND CRUNCY (BISKUT FLORENTINE)

June 08, 2018



bahan-bahan yang telah di gaul



Hai semua...Dah buat ke kuih raya? okay jom aku nak kongsi resepi pertama biskut raya aku untuk tahun ini 2018. senang sangat wehh! dulu tau makan jer..kali nie baru kesempatan nak buat sendiri😅. Tahun ni tengok perkongsian dari fb banyak yang bgtau kata mudah so, aku pun terjebak sekali nak mencuba👍🏽


jom kita cuba buat  😁😁aku guna cup cake je untuk bentukkan bagi bulat-bulat 
nak buat kepingan 4 segi x reti nak potong haha. Kalau tanya aku berapa harga kos semua bahan-bahan nie tak sampai pun RM40 boleh dapat lebih dari 2 balang. nie pun aku baru buat separuh. Tepung Florentine tu aku beli 1 pack 500gm RM17.50 ( xde gst hehe)...Harga semasa dekat tempat aku lah kalau tempat lain aku tengok ada je lagi murah kan..kan..So, sis redha je asalkan kuihku menjadi haha..

bahan-bahan yang telah di goreng sedikit bagi garing :)

BAHAN-BAHAN : 




500g serbuk florentine
500g almond slice

200g kuaci hijau
100g kuaci putih
20g bijan putih
20g bijan hitam


Aku guna Acuan Cup Cake ini :)




CARA-CARA:



1. Bakar/Goreng sekejap Almond Slice, kuaci hijau , Kuaci putih di dalam kuali

2. Sejukkan semua betul2 ye dan campur semua dlm satu bekas bersama serbuk florentine. Gaul     
    sehingga sama rata.
3. Sudukan guna 1 sudu besar ke dalam cup ratakan. Tak nipis n tak terlalu tebal.
4. Bakar selama 5 minit suhu 150c. *tahap kepanasan Semua oven tak sama, so bakar yg pertama tu
    rajin2 tengok ye bila dah kekuningan keluarkan dari oven, boleh agak sendiri berapa masa yang di
    perlukan untuk almond cruncy kelihatan keperangan.
5. Biar sejuk dulu baru tekan bawah cup tu agar mudah di tanggalkan. Cup bole guna semula untuk
    round seterusnya.
6. Simpan dalam bekas kedap udara.
7. Selesai semua boleh simpan n guna cup tu buat cupcake tuk raya pula hihihi😊.





SELAMAT MENCUBA U'OULSS

SENANG...MUDAH DAN CEPAT!


You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

  1. tak rajin nak buat, tapi rajin nak makan :P

    ReplyDelete
  2. biskut ni mcm wajib ada disetiap rumah je

    ReplyDelete
  3. nak buat hari tu,tapi asyik lupa jelah nak beli barang buat almond crunchy ni...buat nipis² sedap kan

    ReplyDelete
  4. alaaa nak.. ada lebih x ? walaupun orang share nampak senang tapi cheq tetap malas nak buat sendiri hehe..

    alhamdulillah selesai sebulan ramadhan sedih berlalu pergi datang aidilfitri pula. selamat hari raya maaf zahir batin. drive carefully and have a blast eid =D

    ReplyDelete
  5. yaAllahhhh haritu first time saya rasa biskut ni... SEDAP GILOSSSS! rasa nak nangis sebab sedap sangat hahahaha.

    p/s: jemput join segmen blog saya kak :D

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^