REFER PAKAR O&G : 36 WEEK PREGNANT

February 13, 2020

Dua minggu lepas aku ada check up dengan Klinik Pakar O&G. Untuk refer kes aku C-ZER sebelum ini. Refer kali ini masa aku #36week. Untuk ibu-ibu yang ada sejarah bersalin C-zer MMG wajib jumpa pakar bahagian o&g ini. Aku rujuk terus dekat Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis. Sebab kali ini plan bersalin di PERLIS Aje memandangkan 2 orang anak aku sedang bersekolah. Due pula bukan time cuti sekolah. So aku REDHA je lah anak ke-3 jadi anak PERLIS Hehe. Kaisara dengan kaliff dlu ku bersalin dekat HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH, Alor Setar,Kedah. Sebab balik berpantang dengan MENTUA heee .

Masa Memula doktor check cuak juga..bimbang takut laka jahitan lama x elok ke ada masalah ke kan. Alhamdulillah doktor cakap semua okaylah. Aku boleh cuba bersalin normal. Cuma dia nk aku decide siap2 nak bersalin cara mana. Normal or C-zer? Sebab kalau C-zer kena booking date siap2. Dia Suh aku yang pilih😂 dan buat keputusan waktu tu juga huhuhu adoii...aku pun xtahu nk buat keputusan macam mana sebenarnya. En.husband pula dekat luar waktu.

Aku ingat masa check up ini doktor tu yang akan decide untuk aku hahaha.

Anda lastly doktor BG date untuk C-zer. Tarikh? Aku akan bgtau next entry ehh


You Might Also Like

0 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^