Logo KBBA

Kempen CSR TOP Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa depan yang Lebih Cerah, Dengan Kerjasama MYDIN

January 09, 2019

Kempen CSR TOP Menyumbangkan Pakaian Seragam Sekolah Kepada 500 Orang Pelajar Demi Masa depan yang Lebih Cerah, Dengan Kerjasama MYDIN - TOP,   jenama   bahan  pencuci   No.   1   di Malaysia kembali menceriakan 500 orang kanak-kanak dari beberapa buah NGO   terpilih   di   seluruh   negara  menerusi   kempen   CSR  Cerahi  Kehidupan Bersama   TOP.  Memasuki   tahun   keempat,  kempen   tersebut   menyediakan pakaian  seragam   dan   keperluan  persekolahan   kepada   lebih  1,600   orang kanak-kanak dari 18 buah rumah kebajikan.

Children from Rumah Bakti Nur Syaheera and Rumah Hope receive the contribution of school uniforms and necessities from the Marketing Manager of Southern Lion Sdn Bhd, Mr. Leroy Yoon

TOP  bekerjasama   dengan   peruncit  utama,  MYDIN   untuk   melaksanakan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember, dimana, 30 sen daripada jualan produk terpilih TOP di semua cawangan MYDIN di  seluruh  negara  akan  disalurkan   untuk  membeli   keperluan  persekolahan anak-anak yang   berusia di  antara  7  hingga  17  tahun dari 18  buah rumah kebajikan.    

Keperluan persekolahan itu termasuklah pakaian seragam, beg sekolah dan alat tulis yang lengkap buat semua kanak-kanak yang terlibat.  Kempen  ini  mempunyai  dua objektif  utama  iaitu memberikan  kanak-kanak pakaian   seragam   baharu   yang   boleh   mereka   banggakan,  seterusnya memberikan motivasi untuk mereka mencapai sesuatu dengan lebih tinggi dengan  menaikkan   keyakinan   dan   harga   diri   mereka. 

Ia   juga   bertujuan mendidik   mereka   tentang  pentingnya   gaya   hidup   yang   bersih.   Ini termasuklah   menjaga   dan   mencuci   pakaian  masing-masing   agar   sentiasa bersih.  Pakaian seragam untuk kanak-kanak dari rumah kebajikan di seluruh negara ini   sudah   boleh   diambil   sebelum   sekolah   dibuka.   Ini   pasti  memberi ketenangan minda kerana mereka boleh memakai pakaian baharu untuk sesi persekolahan yang baru. 

Pengurus   Pemasaran  Southern   Lion   Sdn.   Bhd.,   Mr.   Leroy   Yoon   berterima kasih kepada  MYDIN  dan   para pelanggan  atas   sokongan mereka  terhadap program   yang   nyata   memberi  harapan   serta   kegembiraan   kepada   kanak-kanak berkenaan. “Kami   terharu   dengan   sokongan  MYDIN   dan   para   pelanggannya   yang memberi sokongan tidak berbelah bahagi dalam menjayakan kempen yang cukup bermakna ini.

Mr. Leroy Yoon, Marketing Manager of Southern Lion Sdn Bhd explained to the children on how they could use TOP detergent to wash their school uniform effectively

Sumbangan ini sangat bermakna kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik. Sokongan mereka nyata memberi harapan dan kegembiraan kepada kanak-kanak yang tidak sabar untuk memulakan sesi persekolahan   dengan   pakaian   seragam  baharu,   sama   seperti   rakan-rakan mereka yang lain. “Pada masa yang sama, TOP juga berbangga untuk menawarkan inovasi dan manfaat   produk  kami   kepada   semua. 

Kami   berbesar   hati  untuk   menjadi sebahagian daripada  inisiatif  yang  dapat  memberi  motivasi kepada  kanak-kanak untuk menikmati masa depan lebih cerah. Terima kasih kepada semua pengguna TOP yang menjayakan kempen ini selama empat tahun berturut-turut,” kata Mr. Yoon.

Antara 18 buah rumah kebajikan yang terlibat ialah:-


Kedah/Perlis

- Pertubuhan Rumah Anak Yatim Daerah Kuala Muda
- Rumah Superkids

Penang

- Pertubuhan Rumah Kebajikan Seri Cahaya Pulau Pinang
- Pusat Jagaan Persekutuan Kebajikan Anak Anak Yatim Islam Pulau Pinang

Kelantan/Terengganu

- Rumah Tunas Harapan Pakatan Kasih
- Rumah Anak Yatim dan Dhuafa' Siti Aminah (RAYSA)

Perak 

- The Salvation Army Ipoh Children 's Home
- Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim Nurul Iman

Kuala Lumpur/Selangor

- Rumah Hope
- Rumah Bakti Nur Syaheera

Pahang

- Badan Kebajikan Anak-anak Yatim dan Miskin Nadwah Permata Camar
- Pusat Jagaan Wanita dan Kanak-kanak Casa Harapan

Negeri Sembilan

- Persatuan Kebajikan Kanak-kanak Rhema
- Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan (PAYDA)

Melaka

- Pertubuhan Kebajikan Bhagawan Sri Ramakrishna Malaysia
- Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan Bukit Baru

Johor

- Pusat Kebajikan Kalvari Johor
- Persatuan Kebajikan Darul Hanan

You Might Also Like

3 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^