Logo KBBA

9 Tips Mengenali Lipstik Anda

January 12, 2019

Hasil carian imej untuk lipstik



9 Tips Mengenali Lipstik Anda

1. Elakkan lipstik 'ikut warna darah' kerana ia mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kulit bibir menjadi kering dan kehitaman. Bahan kimia ini bertindakbalas dengan suhu dan pH kulit untuk menghasilkan warna merah.

2. Elakkan lipstik yang mengandungi 'dye'. Dye akan menyebabkan bibir jd rosak dan sukar untuk mengembalikan warna asal bibir. Jika lipstik tahan terlalu lama pd bibir (atau sukar untuk dicuci) ia mesti mengandungi dye.

3. Lipstik TERBAIK ialah LIPSTIK YANG MUDAH DICUCI. Anda boleh perhatikan apakah lipstik anda masih melekat di bibir ketika dicuci. Jika ya, berhenti memakainya kerana sukar untuk mengambil wuduk. Tak sah pula solat anda nt.

4. Elakkan memakai lipstik yang mengandungi paraben sebagai pengawet.

5. Elakkan memakai lipstik yang berharga terlalu murah kerana ia pasti menggunakan bahan-bahan yg murah dan akan merosakkan bibir anda dalam jangkamasa yg panjang.

6. Kenali pengeluar lipstik kerana kita perlu pastikan bahan-bahan yang digunakan bukan daripada sumber haiwan.

7. Lipstik tidak mungkin 100% natural atau tidak menggunakan bahan kimia langsung. Jika ada jenama yang claim sebegitu, bermaksud ia sudah menipu pengguna.

8. Pilih lipstik yang boleh memelihara bibir anda dalam jangkamasa yg panjang.

9. Jaga bibir baik-baik kerana bibirlah tempatnya kita berkata-kata, senyum dan mencium orang tersayang 😉😉

Just To Sharing :)
#blogpermatabiru

You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. tips yang baik untuk pengguna lipstik. saya baca jela

    ReplyDelete
  2. tq for the tips...saya suka jenis matte bibir jenis sensitif

    ReplyDelete
  3. paraben memang kena elak. dlu main tibai je..
    skrng mmg concern..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^