//]]>

HADIAHKAN SET WANGIAN ENCHANTEUR DENGAN HARUMAN PENUH KEINDAHAN

January 14, 2018


MORNING ^_^

AKU share dengan korang nie satu lagi produk keluaran Enchanter untuk si Gadis Jelita, Tak jelita pun tak pe wehh! janji wangi hahaha. The lates produk Minyak Wangi, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan  bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.



TERDAPAT 5 SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR 

  1. SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
  2. SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)
  3. SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE
  4. SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)
  5. SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)


Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.




So, kalau korang dah tak ada Idea nak bagi hadiah apa aku cadangkan korang belilah Set Enchanteur ini, Senang sebab dah siap dalam Pek, Mudah korang nak balut atau just masukkan aje dalam Paper Beg yang Cantik-Cantik kemudian Ikat Reben sikit hehehe. Haaa tengok aku dah siap bagi Idea untuk Korang lagi hehe.. 



Aku pun baru jer dapat Kejutan Hadiah SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE) dari someone yang pastinya Seronok sangat ! 1 pek mini EDT Enchanteur ini mengandungi 2 haruman yang berbeza dengan botol kecil, comel dan menarik. Setiap botol mengandungi 15 ml Minyak wangi.Tak Sabar Nak guna weii! Confirm wangi seharian hahaha

ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

MAKLUMAT LANJUT :

You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^