Logo KBBA

REVIEW SAFI RANIA GOLD BEETOX TECHNOLOGY

November 19, 2017

Review Safi Rania Gold Beetox Technology - selamat berhujung minggu. aku sebenarnya dah lama nak kongsi cerita dengan korang pasal skin care yang aku tengah pakai sekarang. Penjagaan kulit muka nie merupakan aspek yang paling penting bagi wanita. Tipulah kalau aku kata ada wanita yang tidak peduli dengan keadaan wajahnya, Betul tak? paling tidak pun mesti guna pencuci muka atau air suam untuk membersihkan kulit muka kan. tambahan pula wanita sekarang dah punya macam-macam latar belakang dan kerjaya, adakalanya perlu sentiasa tampil cantik dan berseri-seri macam artis, model, doktor, guru , blogger ehh! hahaha ( nak bagitau aku pun nak cantik juga ).

SAFI RANIA GOLD BEETOX TECHNOLOGY
SAFI bukanlah satu jenama asing bagi kita kan. baru -baru ini aku berkesempatan memcuba produk terbaru dari safi iaitu SAFI RANIA GOLD BEETOX TEKNOLOGY.  SAFI RANIA GOLD ini adalah rangkaian anti penuaan yang di perbaharui dengan fomulasi teknologi beetox dan bio nano gold 24K, agar kulit sentiasa nampak anggun, muda dan berkekalan dengan sel kulit memulih pada kadar muda remaja.

JOM TENGOK APA ISI DEKAT DALAM BOX GOLD NIE  ^_*
Aku sebenarnya memang dah lama teringin nak mencuba produk-produk dari safi rania gold nie. Almaklum lah tahun nie umur aku pun dah makin meningkat, kesan kedutan pada bawah mata dan dahi pun makin ketara sob sob sob..:'( Jadi keputusan aku untuk mencuba safi rania gold beetox technology nie adalah keputusan terbaik wehh. 

Alhamdulillah dah lebih seminggu menggunakannya. Kulit muka rasa lebih lembut dan bersih bila di cuci. Insyallah lepas nie boleh lebih konsisten dalam menjaga kulit muka dengan produk dari safi rania gold ini.

ADA 4 BARANG SAFI RANIA GOLD. BESTNYA !

KANDUNGAN SAFI RANIA BEETOX TECHNOLOGY

Antara kandungan yang terdapat dalam safi rania gold ini adalah :-

NANO GOLD 24K
ia menyerap ke dalam lapisan dermis dan merangsang kolagen agar tekstur kulit lebih anjal dan halus, malah mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara.

HONEY
merupakan pelembap semula jadi untuk mengekal lembapan dan meningkatkan keanjalan serta kehalusan kulit.

ROYAL JELLY
kaya dengan 20 jenis asid amino, vitamin & mineral untuk pembaharuan kulit dan menenangkan kulit yang stress & tidak bermaya.

PROPOLIS
merupakan antioksidan semula jadi yang melawan redikal bebas untuk mencegah penuaan awal.

BEE VENOM
♦ kulit menegang seolah bertindakbalas terhadap sengatan lebah. Hasilnya kulit lebih anjal


Kalau korang tengok dekat website SAFI produk dari safi rania gold nie memang dah banyak kan . tapi kali nie aku nak kenalkan korang dengan 4 sahaja dulu produk dari safi rania beetox yang aku dah pun pakai serta terbukti best !


SAFI RANIA GOLD - PENCUCI MUKA


1. PEMBERSIH MUKA- royal jelly
formulasi Micro-Foam dan agen antioksidan membersih secara mendalam.


SAFI RANIA GOLD - PENYEGAR


2. PENYEGAR- Esen Emas Keremajaan (Honey)
mengunci lembapan sehingga 24 jam dengan Hyaluronic Acid serta menyediakan kulit untu menyerap produk seterusnya.

SAFI RANIA GOLD - MERAWAT KULIT

3. MERAWAT - Eliksir Keremajaan (BEETOX & Propolis)
BEETOX, Nano Gold 24k & Vitamin C meningkatkan keanjalan 3 kali, merawat pada lapisan epidermis dan memudarkan pigmentasi dengan berkesan


SAFI RANIA GOLD - KRIM PELEMBAP

4. MELEMBAP -Krim Pelembap Siang SPF25PA++IR (Propolis)
melembap dan mengukuhkan struktur kulit agar tahan sinaran UVA, UVB & InfraRed (IR)

DEKAT MANA NAK BELI? haaa..korang boleh dapatkan Safi rania ni ada di jual di watson, guardien, pasaraya, kedai-kedai runcit pun ada dan kedai-kedai terpilih di seluruh negara ^_^. 
sharing is caring. cuba tau! pasti tak rugi ...makin cantik beseri nanti . 


Untuk maklumat lanjut boleh klik di bawah:

WEBSITE : SAFI
FACEBOOK : SAFI MALAYSIA
INSTAGRAM : SAFI MALAYSIA


YEAHH..TUAN TANAH WITH SAFI RANIA GOLD ^_^

~SAFI RANIA GOLD BEETOX TECHNOLOGY TAWAN DAYA MUDA~

You Might Also Like

2 pesanan ditinggalkan

tinggalkan komen anda di sini ^O^