//]]>

RESEPI APAM SERI PELANGI VIRAL

November 18, 2017


sempena hujung minggu 
aku nak share dengan korang resepi 
macam biaslah resepi mudah-mudah sahaja

TARA...inilah apam seri pelangi aku

RESEPI APAM SERI PELANGI VIRAL

okay tajuk kemain lagi nak viral noh...hahaha
xde la viral sangat pun 
just nak kongsi dengan korang memangmudah je nak buat apam seri pelangi nie

bahan-bahan yang aku guna pun 
 simple dan mudah sahaja nak buat
tak perlu bakar dalam oven
korang kukus sahaja

boleh juga baca entry sini 
aku pernah share buat apam pelangi nie
tahun 2014 dulu heee


aku bahagia kepada 4 colour hijau, oren, merah dan plain

BAHAN-BAHAN SUKATAN CAWAN

2 CAWAN TEPUNG GANDUM
1 CAWAN GULA
1 CAWAN SANTAN/SUSU CAIR
3 BIJI TELUR
OVELLATE
BAKING POWDER
ESSEN VANILLA
PEWARNA

CARA MASAKAN ;

1.Pukul telur dgn gula sehingga sebati kemudian masukkan esen vanilla.

2.Masukkan santan perlahan lahan di selang seli dengan tepung gandum- ( tepung gandum  diayak bersama baking powder)

3. kemudian masukkan ovellate last sekali  ( ini petua untuk lembutkan apam yer..masuk last ) dan pukul hingga sebati

4. Bahagi kepada 3atau lebih warna yg kita suka 

5. Tuangkan selapis selapis sehingga habis 

6. Akhir sekali  kukus 30 minit sehingga masak.


nak bagi ada seni korang masukkan mengikut warna selang seli tau lepas tu lorek-lorekkan aje
dengan lidi atau hujung sudu tue 

nie semasa mengukus actually di sarankan tudung pengukus di balut dengan kain
  ( derhaka sikit sbb aku nak tengok rupa apam yang tengah mengembang hahaha)

kalau korang selalng seli beginilah rupa apam seri tue..texture dalamnya lembut sangat

jom makan ^_^
anak -anak aku makan sekejap sahaja licin..hahaha

Resepi yang sama ini korang boleh gunakan untuk membuat apam Polka dot tau! actually resepi apam viral yang tengan panas tu memang mudah jer nak buat. asalkan ada pengukus dan berani memcuba hehe..


selamat mencuba!


You Might Also Like

5 pesanan ditinggalkan

  1. owh... rajinnya... tak pernah lagi buat apam sbnrnya..

    ReplyDelete
  2. rajin betol buat. lama dah nak try buat tapi xterbuat. suka apam pelangi ni. singgah jalan petang2. jom jenguk https://gadistudungbunga.blogspot.my/

    ReplyDelete
  3. rajinnya masak. huhuu bilalah nak mencuba yer..

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^