//]]>

PENGALAMAN BEKERJASAMA DENGAN SUSHIVID

November 21, 2017

hai...okay hari ni aku nak kongsikan dengan korang. semestinya pasal kerja blogger yang mampu menjana pendapatan sampingan. Percaya tak? Percaya tak? ye..aku dah pun buktikan sendiri di mana menjadi blogger ( media sosial influance ) memang mampu memberikan aku pendapatan sampingan. Blogger ini ada bermacam-macam katagori, macam aku sendiri walaupun dah hampir 7 tahun dalam dunia blogger mungkin inilah masa terbaik untuk aku muncul dengan lebih aktif dalam menghasilkan penulisan blog yang berkualiti sekaligus mampu menarik perhatian pembaca.

kalau dahulu aku menulis blog sekadar memenuhi ruang & masa yang ada tapi sekarang aku cuba menggunakan medium blog ini sebagai sesuatu yang mampu memberikan pulangan yang lebih baik kepada aku.

Pernah Tak Korang dengar pasal SUSHIVID? bukan sushi yang kita selalu makan tu tau..hehehe okay, jom aku citer dengan lebih lanjut pasti korang teruja juga nanti.
Hasil carian imej untuk sushivid



APA ITU SUSHIVID?
Sushivid merupakan satu laman web yang mampu menjana pendapatan anda sebagai  Media Sosial Influance , sekiranya anda aktif di dalam BLOG, INSTAGRAM & YOUTUBE. Menarik kan! syarat-syarat untuk mendaftar dengan sushivid juga mudah sahaja . Sushivid hanya memerlukan sekurang-kurangnya satu daripada yang berikut:

YouTubers: 250 subscribe
Instagrammers: 2,000 pengikut
Blogger: 2,000 kunjungan setiap bulan (pv)

PERANAN SUSHIVID
Peranan sebenar sushivid adalah menjadi orang perantara antara Influancers dan Brands yang memerlukan khidmat Media sosial dalam mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka. Di zaman yang serba moden ini peranan dan pengaruh media sosial sangat membantu dalam pemasaran produk dan perkhidmatan yang di tawarkan oleh syarikat-syarikat di luar sana. Pendek kata  sushivid sebagai orang perantara  (orang tengah ) yang akan memperkenalkan influancer dengan syarikat (brand). Sebenarnya sushivid tidak terhad kepada influance sahaja tetapi terbuka juga untuk mana-mana brand yang mencari influancer untuk mempromosikan produk syarikat mereka. Pihak sushivid akan mengumpul peluang-peluang yang di tawarkan  syarikat ( brand ) dan seterusnya mempamerkan setiap peluang pekerjaan di dalam website sushivid. Jadi di sini sekiranya anda telah mendaftar di website sushivid dan memenuhi kriteria yang ditetapkan, setiap iklan yang di pamerkan oleh syarikat (Brand) boleh di mohon oleh anda.

BERJAYA MENJANA PENDAPATAN DENGAN SUSHIVID

Dekat sini aku kongsikan sedikit pengalaman aku bagaimana menjana pendapatan melalui sushivid. Ini adalah salah satu cara aku untuk mendapatkan peluang bekerjasama dengan Brand (syarikat) yang memerlukan perkhidmatan medium media sosial seperti  blog, instagram & youtube melalui website sushivid. Sebelum ini aku pernah juga bekerjasama dengan syarikat (brand) secara direct melalui sales managment, public relation (pr) atau terus deals dengan pemilik syarikat. Semestinya setiap kerjasama dengan mereka pasti ada perbezaannya.

contoh : akaun sushivid yang aku punya :)

Mana lagi menarik berkerjasama antara sushivid atau direct syarikat ( brand ) ?


Mana lagi menarik kerjasama melalui sushivid atau direct syarikat? Jujur Pada aku memang best bila dapat offer melalui sushivid, aku rasa satu kelebihannya apabila pihak syarikat (brand) dapat melihat sendiri proposal yang aku usulkan melalui website sushivid. Alhamdulillah aku dah pun berjaya membuat kerjasama antara sushivid. Pengalaman bekerjasama dengan sushivid sangat beharga bagi aku.


 5 PERKARA MENARIK BILA BEKERJASAMA DENGAN SUSHIVID 

1. MUDAH melihat kerja-kerja yang di tawarkan oleh pihak syarikat ( brands)

2. BOLEH memilih kerja-kerja yang kita suka & yang sesuai dengan media sosial kita

3. Mudah untuk berinteraksi dengan syarikat (brand) yang menawarkan kerja .

4. BOLEH tetapkan sendiri bayaran untuk setiap posting yang akan di buat.

5. CARA kerja yang mudah untuk di ikuti /fahami

PENGALAMAN BEKERJASAMA DENGAN SYARIKAT SELAIN SUSHIVID

Setiap kerjasama yang aku lakukan adalah untuk blog aku memang akan melibatkan banyak pihak. contohnya untuk jobs berbayar atau jobs tajaan , tapi itu tak bermakna semua jenis jobs aku akan ambik. Pengalaman bekerjasama dengan syarikat ( brands) tanpa melalui orang tengah ada juga baik/buruknya. aku bagi contoh la macam baru-baru nie aku ada deals dengan satu company nie yang menjanjikan bayaran akan di buat selepas selesai 1 post tapi ermm kadang terpaksa follow up sampai 2 or 3 kali untuk minta bayaran, mungkin bukan semua syarikat ( brand ) macam itu. Kadang-kadang kita tak terikat dengan perjanjian yang lebih serius mungkin sebab tu ada sesetengah pihak yang cuba menarik tali.Pada aku yang baik aku jadikan pengalaman, yang sebaliknya aku jadikan sempadan. Aku sedang dan tengah berusaha untuk menjadi penulis blog yang mampu memberi manfaat kepada semua pihak. banyak lagi pengalaman-pengalaman lain aku semasa bekerjasama dengan syarikat secara direct.

Sekiranya korang berminat untuk bekerjasama menambah pendapatan anda melalui media sosial, korang boleh la mendaftar dengan SUSHIVID. Gunakan ruang dan peluang yang ada sebaiknya.

selamat maju jaya u'oullss!

You Might Also Like

4 pesanan ditinggalkan

  1. wahhhhhhhhh, banyak dah tu duit,hihi...tahniah ! :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah rezeki. Seronok baca, bole jadi smangat! Saya follow sini. Salam kenal dari penang :)

    ReplyDelete

tinggalkan komen anda di sini ^O^